Tunggulah bercerai dan habis edah dulu – Shabery

Tunggulah bercerai dan habis edah dulu – Shabery

“Kalau rasa nakkan pasangan orang, tunggu lah dia bercerai dulu.

”Kalau dah bercerai tunggulah habis edah,” komen Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya, beliau membuat komen itu selepas diminta pandangan mengenai tawaran Pas Perak yang menawarkan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman untuk bertanding atas tiket Pas.

Baru-baru ini Pas Perak menawarkan kerusi kepada Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak untuk mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria membuat tawaran itu selepas Tajuddin digugurkan daripada MKT.

Namun, kata Razman, tawaran itu tidak bermaksud Pas mahu mencampuri urusan atau kemelut dalaman mana-mana parti lain.

Bagaimanapun, Shabery yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO secara sinis berkata, selain tunggu habis edah, pihak tersebut juga perlu tengok apakah individu yang bakal ‘dikahwini’ itu suka dedahkan rahsia rumah tangga pada khalayak ramai.

Tambah Shabery, pengetahuan agamanya berhubung perkara itu tidak sehebat ustaz-ustaz dan mungkin pandang beliau salah kerana ‘ustaz’ semua betul. MG

Tunggulah bercerai dan habis edah dulu – Shabery


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker