YDP Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Adibah Noor

YDP Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Adibah Noor

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penyanyi dan pelakon, Adibah Noor yang meninggal dunia semalam.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan sama menerusi catatan di Facebook Istana Negara hari ini.



Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Adibah Noor dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar selain tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

Seri Paduka Baginda turut menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai kehilangan besar kepada dunia seni tanah air,” menurut catatan itu.

Adibah Noor Mohamed Omar, 51, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira 7.45 malam semalam akibat kanser ovari tahap empat.

Jenazah Allahyarhamah dimandi dan dikafan di Masjid Al-Ansar Taman Keramat, kira-kira 9.20 pagi tadi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, di sini sekitar 12 tengah hari. – BERNAMA

YDP Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Adibah Noor



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?



Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker