Lee Zii Jia ‘tapau’ juara dunia

 

PETALING JAYA: Lee Zii Jia berhempas pulas dalam permainan rubber set sebelum menyingkirkan juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura untuk mara ke separuh akhir badminton Terbuka Indonesia di Jakarta, hari ini.

Biarpun rekod perlawanan sebelum ini memihak kepada Zii Jia, namun Kean Yew memberikan tentangan sengit di Stadium Istora Senayan sebelum Zii Jia melakar kemenangan 21-18,16-21, 22-20.



Jaguh perseorangan negara itu kini akan berdepan pemenang di antara juara Olimpik, Viktor Axelsen dari Denmark atau jaguh tuan rumah, Anthony Sinisuka Ginting pada separuh akhir esok.

 

“Sejurus tamat perlawanan, saya berjumpa Kean Yew dan beritahu dia, saya bernasib baik meraih mata akhir. Lumrah dalam perlawanan ada yang menang dan kalah, dan saya gembira dengan kemenangan ini.

“Saya harap dengan keyakinan yang ada ketika ini dapat diteruskan di pusingan seterusnya,” kata Zii Jia.



Terdahulu beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut dipaksa bekerja keras sebelum melakar kemenangan dramatik ke atas wakil tuan rumah, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan 14-21, 21-12, 22-20.

Kemenangan itu membalas kekalahan pahit Aaron-Wooi Yik pada final Kejohanan Asia di Manila, Mei lalu kepada pasangan muda Indonesia tersebut.

AARON Chia melihat keadaan Yeremia Erich yang mengalami kecederaan lutut.

“Mereka sepatutnya menang apabila mendahului 20-18 di set ketiga, saya tidak perasan yang Yeremia mengalami kecederaan lutut ketika itu kerana dalam fikiran saya, 99.9 peratus kemenangan sudah menjadi milik mereka.

“Selepas ini, kami akan fokus kepada aksi separuh akhir, dan kami harap tuah kami akan berterusan, dan pastinya melalui perlawanan ini, ia mengajar kami supaya jangan mudah untuk putus asa,” ujar Aaron.



Menanti mereka selepas ini adalah pemenang di antara pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto yang bertemu dengan wakil China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi. – UTUSAN ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex



Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker