Menantu Muhyiddin, peguam lari selepas disenarai ‘wanted list’

Menantu Muhyiddin, peguam lari selepas disenarai ‘wanted list’

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya dua lelaki termasuk menantu kepada bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melarikan diri ke luar negara selepas dimasukkan dalam ‘wanted list’ (orang dikehendaki) agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya sudah beberapa kali cuba untuk berhubung dengan kedua-dua individu berkenaan namun tidak berjaya.



“SPRM mengeluarkan kenyataan selepas banyak kali cuba berhubung dengan kedua-dua mereka untuk bekerjasama namun mereka gagal hadir ke pejabat SPRM untuk membantu siasatan.

“Kedua-dua mereka ini juga diperlukan untuk tindakan (pendakwaan) mahkamah. Mereka disenaraikan dalam ‘orang dikehendaki’ apabila gagal hadir,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 27 Bil 2/2022, di sini hari ini.

Ketika ditanya adalah kedua-kedua mereka melarikan diri atau melancong ke luar negara, Azam menyatakan notis orang dikehendaki sudah dikeluarkan.

“Anda fikirlah jika kita keluarkan ‘wanted list’ mereka melarikan dirilah,” katanya.



Kelmarin, SPRM mengeluarkan kenyataan, mereka sedang mengesan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

SPRM berkata, suruhanjaya itu cuba menghubungi dua lelaki terbabit yang juga seorang ahli perniagaan dan peguam, secara terus dan menerusi peguam masing-masing. BH

Menantu Muhyiddin, peguam lari selepas disenarai ‘wanted list’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid

Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak



Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan

Kenapa saya diceraikan – Adibah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker