Ifa Raziah Jawab Tuduhan Netizen Didakwa ‘Beli’ Gelaran Datuk [VIDEO]
Ifa Raziah Jawab Tuduhan Netizen Didakwa ‘Beli’ Gelaran Datuk [VIDEO]
PENYANYI Ifa Raziah menjawab dakwaan netizen yang mempertikai gelaran “Datuk” yang dimilikinya.
Menurut Ifa, dia tidak mahu menggunakan gelaran tersebut kerana lebih dikenali dengan nama pentasnya.
“Sebenarnya benda dah lama, saya mendapat gelaran itu sejak tahun 2016. Saya menerima gelaran itu daripada Perak.
“Kalau letak Datuk Saripah Raziah, siapa yang kenal? Mereka lebih kenal nama pentas saya, Ifa Raziah.
Ifa ditemui selepas sidang media Minggu Usahawan Negara 2022, Festival Fesyen & Kecantikan dan Starvendors Kedah Raya Fest 2022 bertempat di Malaysia Grand Bazaar @ Lalaport, Bukit Bintang City Center pada Rabu.
Dalam pada itu, Ifa juga mendedahkan tidak suka bersikap hipokrit dan selasa menjadi diri sendiri.
“Saya tetap dengan cara saya. Saya memang seorang yang terbuka, ‘outspoken’. Macam netizen yang mungkin bukan kawan saya, saya pun tak kenal siapa.
“Mungkin mereka tak boleh nak terima seadanya Ifa Raziah tu macam mana. Yang orang dalam industri yang sudah berpuluh tahun dengan saya selama 27 tahun, mereka sudah faham saya macam mana.
“Cuma orang di luar industri, netizen-netizen dia tak faham lagi. Baru je nak kenal, mula suka dengan Ifa Raziah.
“Dia macam ni, ada benda yang kita suka dan sebaliknya. Kita tak boleh puaskan hati semua orang untuk suka kita.
“Adakalanya mereka tak suka kita, tapi buat suka. Jadi kita layan sahaja. Kalau kata nak suka, atau nak cipta isu jadi viral lantak pi lah.
“Tapi itulah saya punya kenyataan ikhlas, pandangan dari saya.
“Janganlah dok ingat dengan pandangan netizen sahaja. Pandangan saya pun kena diambil kira juga,” katanya lagi.
Terdahulu, Ifa Raziah menerima kecaman netizen berkaitan dengan gelaran “Datuk”.
Rata-ratanya tidak percaya dengan gelaran tersebut dan menuduh Ifa ‘membelinya’.
Ifa Raziah Jawab Tuduhan Netizen Didakwa ‘Beli’ Gelaran Datuk [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zafrul teknokrat ke politikus?
- Khir Toyo akui PH masih kuat di Selangor
- Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook
- Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta
- Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen
- Pemuda Umno gesa tubuh tribunal khas siasat kes Mohd Nazlan
- Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu
- Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap (Video)
- Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
- Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis
- Badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
- Waris penulis artikel asal Top Gun saman Paramount Pictures
- Lelaki tolak wanita ke landasan kereta api ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET