PH Lidah Bercabang isu Kerajaan Pintu Belakang Dan PRU15

Oleh Nurul Aisyah

PAKATAN Harapan(PH) sangat sinonim dengan parti penipu yang membohongi rakyat Malaysia dengan bermacam-macam janji palsu namun apabila sampai masa untuk dikotakan maka mereka berdalih dengan alasan janji manifesto bukan kitab suci. Ianya tidak perlu ditunaikan.

Memetik sumber, Nga Kor Ming pemimpin kanan DAP menegaskan pembentukan kerajaan pintu belakang adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan salah di sisi undang-undang. Beliau juga berkata, pembentukan kerajaan berkenaan juga tidak sah di sisi moral kerana tanpa mendapat mandat rakyat.



Kesimpulannya menurut PH, kerajaan hari ini adalah kerajaan pintu belakang tanpa mandat Rakyat. Bukan pilihan Rakyat. Pengkhianatan besar pada Rakyat. Bercanggah dengan perlembagaan, salah disisi undang-undang dan moral. Rakyat akan hukum.



Ironinya apabila desas desus Pilihan Raya Umum ke 15(PRU-15) semakin kuat bertiup, reaksi PH ternyata sangat berbeza daripada kenyataan mereka sebelum ini.

Ura-ura PRU-15 mahu diadakan secepat mungkin untuk memperbetulkan keadaan, memulihkan stabiliti dan memperolehi mandat sebenar dari Rakyat telah mendapat tentangan hebat daripada PH.

Penyokong dan pemimpin PH mula bersuara.

“Tak boleh! Tak boleh buat PRU sekarang. Rakyat susah. Covid bahaya. Kluster mahkamah blah.. blah.. blah. Meh, kita signing MOU lagi supaya PH boleh terus sokong kerajaan pintu belakang tanpa mandat yang salah disisi perlembagaan, moral dan undang-undang”.
Apatah PH?



Menurut sumber, PH menawarkan kepada kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob lanjutan memorandum persefahaman (MoU) yang diikat dengan gabungan pembangkang itu dengan syarat beliau tidak melayan desakan Umno supaya menyegerakan PRU15.

PH secara “consistent” mendakwa kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan pintu belakang namun apabila PRU-15 mahu diadakan semula bagi memperbetulkan perkara ini, ianya ditentang habis-habisan oleh PH.

Jika kita mengikut rentak PH ini maka kita dilihat sebagai membuat keputusan menyebelahi PH atau dengan kata lain mahu menyerahkan negara ke tangan PH sekali lagi.

Tidak cukupkah kerosakkan yang PH lakukan selama 22 bulan pemerintahan mereka? Rakyat sudah serik. Kini misi kita benar-benar mahu selamatkan Malaysia dari kerosakkan yang telah ditinggalkan oleh PH dan PN tersebut.



Baru-baru ini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan tidak akan melewatkan sesaat pun untuk mengadakan PRU-15 jika Barisan Nasional (BN) sudah bersiap siaga. Beliau juga bersetuju untuk berbincang dengan pimpinan BN terlebih dahulu dalam menentukan tarikh PRU-15.

Persoalannya apakah definasi siap siaga Ismail Sabri sama dengan definasi UMNO atau pun definasi PH? Rakyat sedang memerhati.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker