Misi angkasawan kedua perlu justifikasi khusus

SHAH ALAM – Tokoh astrofizik, Tan Sri Mazlan Othman berpandangan misi menghantar angkasawan kedua negara memerlukan justifikasi khusus serta berbeza daripada misi angkasawan pertama, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ketika dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2007 lalu.

Bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara itu berkata, misi kedua itu nanti perlu rasional selain kajian dilakukan harus memberi impak besar kepada negara.

“Kalau saya, akan hebahkan apa sains dan teknologi hebat yang boleh dibuat agar ISS tidak tolak (kajian) kita kerana ada teknologi yang mereka perlukan. Maka itu justifikasi untuk program angkasawan kedua.

“Saya tidak lagi ada pengaruh atau kuasa untuk memberitahu bagaimana kita perlu bergerak. Program ini perlu dilanjutkan dengan rasional yang baik, sebab selepas angkasawan pertama dilancarkan, semua orang mudah kata lancarkan sahaja angkasawan kedua tanpa ada justifikasi khusus,” katanya dalam program Bersama Johan Jaaffar yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

Mazlan (kanan) ketika program Bersama Johan Jaaffar yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

Mazlan berkata, menetap di ISS selama enam bulan bukan untuk mendapatkan kemasyhuran semata-mata tetapi memerlukan kajian sains terkini yang boleh ditawarkan kepada stesen tersebut.

“Kalau nak ulang apa yang Dr Sheikh Muszaphar sudah lakukan, tiada guna. Kita mesti ada rasional dan justifikasi lain. Fikirkan sesuatu yang belum pernah dilakukan,” ujarnya.

Dalam pada itu Mazlan berpandangan, sudah tiba masanya golongan muda menceburi bidang astronomi bagi memperluaskan penggunaan bidang itu demi masa depan negara.

“Astronomi adalah ilmu sains tertua kerana kita ada pertalian dengan angkasa secara naluri, budaya dan agama. Kita kena ‘persue’ sains astronomi sebagai sains tulen.

“Kita lihat sekarang hasil daripada semua dilakukan di angkasa ialah berkait GPS, telefon bimbit dan tiada satu benda dalam seharian tidak melibatkan angkasa,” ujarnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker