2 ahli BJP sudah ditahan kerana menghina Nabi Muhammad, kata pesuruhjaya tinggi India



2 ahli BJP sudah ditahan kerana menghina Nabi Muhammad, kata pesuruhjaya tinggi India

Pesuruhjaya tinggi India mengesahkan kerajaannya sudah menahan individu yang terlibat kerana menghina Nabi Muhammad.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan wakil India itu dipanggil oleh Kementerian Luar, semalam, berhubung kejadian berkenaan.

“Pesuruhjaya tinggi menegaskan ciapan dan kenyataan menyinggung itu sama sekali tidak mewakili pandangan kerajaan India.

“Tindakan tegas sudah diambil oleh pihak berwajib terhadap mereka yang membuat ciapan dan kenyataan penghinaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.




Dua ahli politik daripada Parti Bharatiya Janata (BJP) yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Islam dan nabinya sama ada sudah digantung atau disingkirkan.

Kerajaan India berdepan tindak balas keras daripada dunia Islam, termasuk daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Indonesia, Jordan, Iraq, Maldives, Bahrain, Turki dan Malaysia.

Qatar juga menuntut permohonan maaf daripada kerajaan India berhubung kenyataan terbabit.

Jawatankuasa Parlimen Iraq dalam kenyataan menyebut, penghinaan anti-Islam “mengundang kesan serius dan sekiranya tidak dikawal, ia mungkin membawa akibat buruk yang tidak dapat dibayangkan ke atas kewujudan bersama secara aman, serta dibimbangi meningkatkan persengketaan dan ketegangan antara rakyat”.

Kuwait, Qatar, Iran, Arab Saudi dan Pakistan adalah antara negara terawal mengemukakan bantahan rasmi terhadap kenyataan provokatif itu.




Timbul juga desakan dalam kalangan negara kaya di rantau Teluk Arab supaya memboikot produk keluaran India. FMT

2 ahli BJP sudah ditahan kerana menghina Nabi Muhammad, kata pesuruhjaya tinggi India


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang



Leave a Reply

Your email address will not be published.