Wanita lahirkan bayi perempuan 6 kilogram

Wanita lahirkan bayi perempuan 6 kilogram

Seorang wanita di Nottingham, England melahirkan bayi perempuan dengan berat 5.95 kilogram (kg) pada tahun lalu yang kini dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan bersaiz normal, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Jade Smith, 22, melahirkan anak sulungnya, Paisley Jade West pada 2 Ogos 2021 di Hospital Bandar Raya Nottingham menerusi kaedah pembedahan.

“Saya mendapat tahu diri saya hamil pada 1 Disember 2020 dan pada awalnya, diberitahu bahawa kandungan saya berada dalam keadaan baik.

“Namun, ketika menjalani pe­meriksaan apabila kandungan berusia 12 minggu, saya diberi­tahu bahawa bayi ini lebih besar daripada yang dijangkakan dan pada minggu ke-20, kandungan saya seberat 4.53kg.

“Saya sedikit takut dan semasa di akhir kehamilan, amat sukar untuk saya berjalan dengan membawa bayi seberat itu selain menghadapi kesukaran kerana hamil ketika musim panas,” katanya.

Smith berkata, dia diberi pilihan untuk melahirkan Paisley menerusi kaedah pembedahan kerana cara kelahiran biasa akan membahayakan bayi itu.

“Paisley menghadapi kesukaran untuk bernafas pada awalnya dan dia dimasukkan ke wad neonatal. Namun, akhirnya, semuanya baik sahaja,” ujarnya.

Paisley dipercayai bayi terbesar yang pernah dilahirkan di Nottingham. Jade berkata, bayi perempuan itu berada dalam keadaan sihat dan memiliki saiz normal. K Online

Wanita lahirkan bayi perempuan 6 kilogram


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker