PRU15: Calon berwibawa, satu lawan satu fokus MN tawan Selangor

SHAH ALAM – Penampilan calon berwibawa dan konsep satu lawan satu menjadi strategi utama Muafakat Nasional (MN) di Selangor untuk menawan semula negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) nanti.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, agenda MN dan Perikatan Nasional (PN) masih kekal walaupun parti tersebut tiada ikatan rasmi pendaftaran.

Namun katanya, Pas boleh meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jika parti itu komited dalam khemah besar melibatkan DAP.

“Sesungguhnya tidak ada kaedah lain menghadapi PRU15 di Selangor kecuali secara satu lawan satu untuk menumbangkan PH.

“Di sinilah perlunya parti-parti pembangkang di Selangor berlapang dada dalam membincangkan kerusi yang akan dipertandingkan pada PRU15 nanti,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Ahmad Yunus berkata, para pemimpin parti tidak perlu bersifat angkuh yang menyebabkan kelakuan tersebut memberi kemenangan kepada pihak lawan.

Sebaliknya, beliau berkata, kekuatan di peringkat akar umbi dan jentera parti harus terus diperkasakan untuk menumpaskan PH di Selangor.

“Bagi Pas Selangor, perbincangan pertimbangan prinsip dan formula pembahagian kerusi dalam MN masih lagi terpakai bagi mengelakkan persaingan tiga penjuru.

“Apapun selagi tiada arahan terbaharu dari Pas pusat itulah pendirian Pas Selangor yang tidak bercanggah dengan keputusan Pas pusat sehingga kini,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker