Siapa Dolla, tak kenal pun – Elle Thong

Siapa Dolla, tak kenal pun – Elle Thong

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Begitulah keadaan yang menimba anggota kumpulan SMDX, Elle Thong yang teruk dikecam kerana bersikap sombong dan tidak beradab.

Perkara itu berlaku apabila Elle membuat siaran langsung (live) di media sosial bagi menjawab pertanyaan peminat yang mempersoal gaya pemakaian pakaian tradisional masyarakat Sabah dalam video muzik lagu Original Sabahan.



Rata-rata berpandangan gaya pemakaian baju tradisional itu telah diberi sentuhan moden sehingga melenyapkan identiti pakaian tersebut.

Kata Elle, dia tidak ambil pusing kritikan netizen kerana beranggapan perkara tersebut bukanlah satu masalah.

“Mungkin ada mereka yang tidak suka atau mungkin ada yang kecam sebab cemburu. Saya tidak ambil peduli.

“Saya sudah kuat melatih mental saya untuk ini. Lagu itu mereka tidak kritik, tetapi pakaian. Mungkin mereka tidak tahu mengenai moden. Peduli apa?,” katanya.



Tidak terhenti di situ, Elle sekali lagi membakar hati pencinta muzik apabila dengan yakin mengatakan tidak mengenai Dolla.

“Siapa Dolla, saya tidak kenal Dolla. Mungkin Davy dan Crystal kenal Dolla. Saya tidak kenal. Siapa itu?

“Bukan sombong, memang tidak kenal pun,” katanya lagi.

Susulan itu, pengguna ,media sosial menyifatkan jawapan Ella itu tidak berasas dan kedengaran angkuh.



“Dolla itu artis berkumpulan wanita yang gambar mereka terpampang di papan iklan Times Square (New York). Bandingkan dengan kau, separuh Sabahan pun belum kenal lagi.

“Kau mau jadi Ning Baijura (Baizura)? Saya Sabahan, tapi saya suka juga Dolla.

“Sedih bila baju tradisi sudah menjadi baju clubbing (berpesta) pula,” kata peminat.

Sebelum ini, kumpulan SMDX berjaya mencuri perhatian dalam TikTok selepas melancarkan lagu Original Sabahan. K Online



Siapa Dolla, tak kenal pun – Elle Thong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis



Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam



Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker