[VIDEO] Neelofa Memohon Maaf Secara Terbuka, Mengaku Tidak Sensitif Isu SOP PKP

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor memohon maaf secara terbuka kerana melanggar prosedur standard operasi (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam penganjuran majlis pernikahannya dengan pendakwah PU Riz pada 27 Mac lalu.

Selain pelanggaran SOP majlis hari bahagianya itu, Neelofa juga mengakui kesilapannya merentasi negeri dengan berkunjung ke pulau peranginan Langkawi awal minggu lalu.

Sehubungan itu, Neelofa dan PU Riz memohon maaf di atas kelemahan mereka kerana kurang menjaga sensitiviti masyarakat berhubung kedua-dua isu tersebut.



VIDEO DIBAWAH:-

[videopress LGSwN7wl]
“Saya seikhlas hati memohon maaf atas kesalahan SOP, dalam pengetahuan saya atau di luar pengetahuan saya tentang dua isu ini,” katanya melalui rakaman video yang diedarkan kepada media pada Jumaat.

Dalam masa sama, Neelofa menjelaskan, dia dan PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail akan menerima dengan hati yang terbuka segala keputusan dan tindakan daripada pihak berkuasa.

Bekas pengacara Meletop dan suaminya mengemukakan permohonan maaf selepas kedua-duanya selesai memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung dua isu yang hangat diperdebatkan oleh netizen sejak beberapa minggu lalu.

Neelofa dan PU Riz selamat disatukan sebagai suami isteri pada 27 Mac lalu dalam sebuah majlis gemilang di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.



Tidak berhenti disitu, namanya terus menjadi bualan hangat apabila, dia dan suami juga dikesan menjalani percutian di Langkawi.

Bagaimanapun, selebriti itu menegaskan, kunjungannya ke pulau legenda itu adalah atas tuntutan kerja.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker