UMNO kembali bangkit?
HAMPIR setiap hari, parti UMNO menjadi tumpuan. 11 Mei lalu genap 76 tahun penubuhannya. Selepas 76 tahun, ia masih menjadi perbualan.
Adakah UMNO melalui zaman kebangkitan semula sehingga menggugat parti dan pemimpin politik lain selepas prestasi yang mengejutkan pada 2018?
Lazimnya, sesuatu parti yang gagal mempertahankan populariti atau ditolak pengundi mahupun kepimpinannya mengambil masa lama untuk membina dan kembali semula ke arena politik arus perdana.
Menariknya, sejak 2018 sehingga hari ini, UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus dianggap pilihan atau alternatif kepada parti lain.
Ia menunjukkan UMNO melihat kebangkitan partinya dan keyakinan terbina selepas menang bergaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor serta siri Pilihan Raya Kecil (PRK).
UMNO bukan sekadar dilihat sebagai ancaman, malah musuh politik yang sukar disaingi kini. Formula baharu dan tawaran Perdana Menteri menarik minat mereka yang telah kehilangan kepercayaan.
UMNO sudah melalui fasa proses membina semula, pemulihan dan pengukuhan parti. Fasa menarik sokongan sedang dilakukan dengan perubahan bersifat kontemporari yang sangat diperlukan dalam suasana politik hari ini.
Berjayakah UMNO selepas 76 tahun dilabel sebagai parti keramat orang Melayu yang juga sentiasa menarik minat bukan Melayu? Hakikatnya, ia adalah satu proses yang akan kembali semula kepada ahli dan rakyat Malaysia.
Mana-mana parti sekalipun, akan ada pasang surutnya, sama seperti UMNO. Kebangkitan segera membezakan antara mereka sama ada memilih untuk lenyap atau kekal relevan.
UMNO dilihat sebagai ‘singa yang terluka dan berdarah’ sejak 2018. Kegagalan pengurusan persepsi mendominasi waktu itu. Ia adalah soal maruah, imej, jenama dan pemasaran kini.
Tarikan sokongan tidak memerlukan wang ringgit. Ia hanya mementingkan idea, pemikiran dan pembaharuan. Keangkuhan dan pereputan politik tidak lagi menjadi andaian politik baharu.
Pertembungan dalaman mesti dielak daripada paparan umum. Keinginan untuk mentadbir urus negara mesti disertai dengan nilai amanah dan keupayaan untuk menjamin refleksi politik baharu.
UMNO dan BN walau dilabel sengatan lama, ia kembali menjadi tarikan dengan pakej menarik. Walaupun ada tinggalkan yang lama, sekurang-kurangnya yang setia tahu nilai ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’. Itu adalah kalimah jasad dan roh UMNO.
UMNO tidak boleh lagi berkompromi dengan kumpulan pemecah yang ‘sokong membawa rebah’. Institusi kepresidenan yang memainkan peranan signifikan dalam UMNO perlu menjadi petunjuk kepada pengalaman dan masa depan UMNO.
76 tahun adalah satu tempoh masa yang lama di bawah lapan Presiden. Masing-masing mempertahankan pegangan parti.
Hari ini wa’lak ke atas parti hanya boleh ditingkatkan dengan prestasi di luar pilihan raya supaya ia menjadi indikator kepada umum kerana lazimnya yang mencuri tumpuan pilihan raya umum (PRU) adalah calon, isu dan parti. Kehadiran Perikatan Nasional (PN) di samping Pakatan Harapan (PH) dan parti-parti lain menyebabkan blok sokongan yang sama berpecah.
UMNO masih relevan. Jika tidak masakan ia akan menjadi ancaman dan sebutan serta rebutan. Kerjasama dengan parti lain sama ada dalam bentuk koalisi atau secara solo boleh dipertimbangkan jika tidak ada lagi permintaan yang kurang menguntungkan parti dan ahli.
‘Untung sabut timbul, untung batu tenggelam’. UMNO mesti berhati-hati sepanjang persediaan ke arah PRU15 yang bakal menjadi PRU paling mencabar buat semua.
Apa yang perlu dilakukan adalah pengkaderan dan pembaharuan berterusan agar yang menikmati segala yang mahu dilakukan adalah rakyat.
Jika ‘merakyatkan kepimpinan’ menjadi aspirasi kepada ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’, UMNO boleh mendekati kumpulan yang bukan sahaja dikenali sebagai ‘penyokong tegar’ tetapi bersaing dalam rebutan menarik sokongan ‘penyokong atas pagar’.
Semuanya bergantung kepada istiqamah dan pendirian UMNO untuk kembali mengukuhkan parti walaupun sukar menembusi kesemua bucu politik kontemporari.
*Profesor Dr Sivamurugan Pandian ialah profesor di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS
- Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis
- Nelayan tangkap ikan pari gergasi
- Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik
- Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi
- Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
- Halau nyamuk, tanam 7 jenis pokok ini
- Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
- 10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang
- Rosnah Mat Aris nafi bomohkan suami
- Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina
- PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu
You must be logged in to post a comment.