“Saya Kuat Sebab Anak, Kalau Saya Sakit Bahu, Anak Sakit Kanser”- Pesilat Negara Mohd Al-Jufferi
“Saya Kuat Sebab Anak, Kalau Saya Sakit Bahu, Anak Sakit Kanser”- Pesilat Negara Mohd Al-Jufferi
Meskipun misi memburu emas di pentas Sukan SEA ke-31 tidak kesampaian, tetapi semangat juang yang dipamerkan jaguh silat negara, Mohd Al-Jufferi Jumari tidak langsung mengecewakan rakyat Malaysia.
Di sebalik pingat gangsa yang disumbangkan oleh juara dunia tiga kali itu pada saingan 70-75 kilogram (kg) hari ini, tersimpan kekuatan dan kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya.
Bagi Mohd Al-Jufferi, kecederaan bahu yang dialaminya tidak seberapa jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung anak lelakinya itu.
“Saya kuat sebab anak, kalau saya sakit bahu, anak saya sakit kanser… dia lagi kuat, dia budak kan.
“Sebab dia sakit umur 2 atau 3 tahun dah kena kanser. Kena (jalani) kimoterapi, tiap-tiap hari saya pergi hospital… saya tengok dia lemah, letih… saya menangis, dia usap. Dia kata, ‘ayah jangan nangis, Haq okay’. Itu je dia cakap.
“Tetapi bila saya kena (sakit) bahu macam ini, tak akan saya tak kuat. Allahuakbar, itu sajalah yang saya fikir. Sebab itu saya nak lawan, tak ada yang lain, anak saya,” katanya dalam rakaman video yang dikongsi wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly di laman Twitter, hari ini.
Menerusi rakaman tersebut, jelas kedengaran nada sebak pada suara pesilat berusia 30 tahun itu .
Mohd Al-Jufferi, yang membuat penampilan sulung bagi kategori 70-75kg tewas kepada wakil Singapura, Abdul Raazaq Abdul Rashid dalam saingan separuh akhir di Gimnasium Bac Tu Liem, hari ini.
Dia mengalami kecederaan di bahu kanan ketika pusingan kedua pada saingan suku akhir sebelum berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.
Sementara itu, Mohd Al-Jufferi menerusi hantaran di Instagramnya percaya kegagalan bukanlah pengakhiran buat segalanya.
“Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan berdoa atas perjuangan saya dan terima kasih pada isteri dan anak-anak saya.
“Saya reda dengan takdir ini, seribu perasaan yang tidak terkata. Ya Allah sesungguhnya aku berserah kepada mu. Saya percaya ‘kegagalan bukanlah akhir dari segalanya’,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Pada edisi sukan dwitahunan sebelum ini, Mohd Al-Jufferi menguasai kelas E (65-70kg) apabila meraih emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, Myanmar (2013), Singapura (2015) dan Kuala Lumpur (2017).-AA
“Saya Kuat Sebab Anak, Kalau Saya Sakit Bahu, Anak Sakit Kanser”- Pesilat Negara Mohd Al-Jufferi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS
- Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis
- Nelayan tangkap ikan pari gergasi
- Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik
- Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi
- Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
- Halau nyamuk, tanam 7 jenis pokok ini
- Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
- 10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang
- Rosnah Mat Aris nafi bomohkan suami
- Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina
- PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu
You must be logged in to post a comment.