Debat Perdana: Fahmi Fadzil Tidak Puas Hati, Banyak ‘Syarat’ Diletak ‘Team Najib’

Debat Perdana: Fahmi Fadzil Tidak Puas Hati, Banyak ‘Syarat’ Diletak ‘Team Najib’

Rumah Sudah Siap, Pahat Masih Berbunyi

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil kurang berpuas hati terhadap penganjuran Debat Perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) baru-baru ini.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, terdapat banyak kekangan atau ‘syarat’ yang diletakkan bagi menjayakan debat berkenaan termasuk dari segi format, soalan serta lokasi.

Dakwa Fahmi yang bertanggungjawab menguruskan debat berkenaan, hampir semua kekangan itu dibuat oleh pasukan Najib.

“Ada juga yang bertanya kenapa malam itu Datuk Seri Anwar tak bincang pasal 1MDB pun. Sebab ‘team’ Datuk Seri Najib tak nak kami bincangkan, ia sudah diputuskan awal.

“Tak boleh sentuh tentang apa-apa perkara yang sedang berada dalam mahkamah, contohnya.

“Jadi ada yang kata kenapa Datuk Seri Anwar ‘did not deliver the killer blow’? Sebab malam itu kalau kita tak ikut format yang rata-rata kekangan yang hampir semua kekangan datang – tempat, format, moderator, soalan hanya boleh ditanyakan oleh penyokong Datuk Seri Anwar kepada beliau, penyokong Najib kepada Najib… itu hampir semua batas-batas itu diletakkan oleh pasukan Najib.

“Sampaikan sebelum nak masuk ke dalam bilik menunggu pun Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib dipisahkan sebab pasukan Najib tak nak mereka duduk bersama. Lain macam…,” katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.

Sebelum itu, Fahmi yang juga calon Ketua Cabang Lembah Pantai bagi Pemilihan PKR 2022 hadir meninjau proses pemilihan di Dewan Serbaguna Gasing Indah, di sini.

Mengulas lanjut, Fahmi berpandangan, soalan-soalan yang diajukan kepada dua figura politik itu seharusnya datang daripada orang awam dan bukannya wakil pihak masing-masing.

“Tetapi apapun bagi saya debat itu adalah permulaan yang baik. Kali terakhir kita Debat Perdana seperti ini ialah pada tahun 2008, jadi dah 14 tahun, agak lama.

“Saya harap lepas ini akan ada lebih banyak debat contohnya, antara Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang.

“Itu bagi saya satu acara yang sudah pasti akan sangat dinanti-dinantikan. Cuma saya harap format tidak sama dan kekangan-kekangan yang bagi saya menunjukkan rasa takut pihak sebelah sana terhadap Datuk Seri Anwar,” tambahnya lagi.

Mengenai cadangan-cadangan yang dikemukakan pada debat tersebut termasuk melibatkan audit forensik, Fahmi berkata, perkara itu terserah kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkan sama ada akan dilaksanakan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, bagi pihak pembangkang, beliau yakin syor tersebut akan dibawa pada sesi Perliman akan datang.

“Sudah pasti akan ada yang bawa termasuk isu Forex yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Najib.

“Mungkin ada orang kata Ahli-Ahli Parlimen di peringkat kerajaan akan bangkitkan isu GST contohnya dan beberapa cadangan yang lain.

“Apa-apa pun saya tak makan kek… sesiapa yang nak makan kek itu jangan makan sorang-sorang,” katanya merujuk pada analogi perkongsian kek seperti yang dihujah oleh Najib pada Debat Perdana tempoh hari.-AA

Debat Perdana: Fahmi Fadzil Tidak Puas Hati, Banyak ‘Syarat’ Diletak ‘Team Najib’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker