Salah Laku Nazlan Sudah Selesai Siasatan, Polis Diminta Dedahkan Pada Rakyat

Oleh Nurul Aisyah

JIKA benar siasatan pihak berkuasa ke atas Nazlan Ghazali sudah selesai dan laporan telah mengesahkan bahawa segala dakwaan Raja Petra berkenaan salahlaku Nazlan yang sedang menjadi hakim kes Datuk Seri Najib benar belaka, mengapa pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang laporan berkenaan perkara tersebut?

Perkara ini menjadikan rakyat berada dalam keadaan yang sangat keliru. Mereka tertanya-tanya samada “polis samseng” dalam Bukit Aman sedang menghalang laporan tersebut sampai ke pengetahuan umum kah? Isu polis samseng tersebut pernah didedahkan oleh Raja Petra dan Hamid Bador. Sejauh mana kebenarannya juga belum dapat dipastikan namun rakyat sedang memilih untuk percaya pada dakwaan tersebut.



Jika benar dakwaan Raja Petra tersebut, adakah Nazlan secara otomatik tergugur daripada menjadi hakim kes Datuk Seri Najib?

Rakyat sedang memerhati dan rakyat sedang menilai segala gerak langkah tangan ghaib yang dikatakan sedang mencatur politik tanahair. Mereka sudah bosan dengan politik kotor dan jahat yang sedang dibawa oleh Pakatan Harapan(PH) dan Perikatan Nasional(PN). Lagi kejam PH dan PN maka lagi kuat penolakan terhadap kedua-dua gabungan tersebut.

Kini Hakim Nazlan Ghazali dikatakan tidak layak untuk menjadi hakim pada perbicaraan kes SRC International. Sekiranya betul Anwar Ibrahim berjanji mahu lawan salah guna kuasa dan rasuah, kenapa beliau diam di dalam kes Najib Razak?



Persoalan tersebut kini trending di media sosial.

Nazlan diminta menjawab segala pertuduhan dari Raja Petra tersebut bagi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman negara. Perkara ini tidak boleh dilengahkan lagi. Beliau perlu jawab dengan segera.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker