Hamas bukan militan, Anwar tegur media

Hamas bangkit pertahan tanah air, kata Anwar

Hamas bukan militan, Anwar tegur media

Perdana Menteri menegur beberapa pihak terutama media di negara ini yang menggelar Hamas sebagai pengganas atau militan hingga mencetuskan kegelisahan dan sensitiviti rakyat yang menyokong perjuangan Palestin.

Teguran itu dibuat selepas Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) meminta Perdana Menteri menegur dan mengambil tindakan ke atas media terutama media berbahasa Mandarin dan Inggeris yang menggelar Hamas sebagai militan atau pengganas.



“Sebab itu dalam jawapan saya minggu lalu saya sengaja kaitkan mengenai kedudukan Kristian yang jadi mangsa keganasan Yahudi supaya rakyat Malaysia tahu, orang Islam atau bukan Islam tahu ini ia adalah isu kemanusiaan dan kezaliman dilakukan (Israel).

“Jadi berkait gesaan Yang Berhormat, saya setuju mengingatkan rakyat, semua media, bahawa ada yang dikatakan legitimate hak asas, bermaksud mana-mana negara yang dijajah, yang dizalimi, berhak, contoh terbaik, Kongres Kebangsaan Afrika (ANC),” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan -Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata, beliau bersetuju perlu ada kesedaran supaya semua media faham kegelisahan dan sensitiviti rakyat dan mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk membantah dan bertindak.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, setiap media perlu ada kesedaran mengenai isu Palestin ini membabitkan serangan melampau dilakukan Israel, genosid dan melanggar hak kemanusiaan manakala Hamas adalah pejuang yang mempertahankan tanah air mereka.



“Saya selalu ungkapkan, perampasan tanah, harta, maruah itu terus diperkosa dan dihina, jadi ada hak untuk mereka bangkit,” katanya. BH

Hamas bukan militan, Anwar tegur media

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini

Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?



Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof

Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker