Jurukamera CNA maut motosikal terbabas

KEADAAN motosikal ditunggang mangsa yang terbabas di Kilometer 43 Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak di Bentong, hari ini.

BENTONG – Seorang jurukamera Channel News Asia (CNA Malaysia) maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 43 Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu berlaku ketika mangsa, Khairul Azman Zainuddin, 45, dalam perjalanan dari arah Bentong ke Kuala Lumpur.

“Apabila tiba di lokasi kejadian motosikal ditunggang mangsa telah hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan menyebabkan mangsa tercampak ke seberang sebelum sebuah lagi motosikal dari arah Kuala Lumpur ke Bentong tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa.

“Akibat kejadian mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya, di sini hari ini.

MANGSA yang tercampak selepas motosikalnya terbabas meninggal dunia di lokasi kejadian di Kilometer 43 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di Bentong, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan seorang lagi penunggang motosikal yang mengalami cedera ringan dirawat di hospital sama.

“Polis meminta kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi ibu pejabat polis daerah Bentong,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker