Annuar yakin PM timbang cadangan lantik TPM dari UMNO

KETUA UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa yakin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin akan mempertimbangkan cadangan untuk melantik timbalannya dari parti UMNO.

Beliau yang merupakan menteri dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional mendoakan agar ada dalam kalangan kepimpinan kanan UMNO dilantik ke jawatan tersebut.

“Satu pandangan yang baik. Saya turut mendoakan salah seorang pegawai tinggi parti di lantik. Teruskan usaha agar parti parti orang Melayu tidak berpecah. Saya yakin PM boleh timbang,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu di Twitter.

Beliau mengulas padangan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Bastien Onn bahawa pergeseran yang berlaku di antara dua parti teras orang Melayu iaitu UMNO dan PPBM dapat diselesaikan sekiranya Muhyiddin melantik Timbalan Perdana Menteri daripada kalangan pemimpin UMNO.

Saya boleh dapatkan sokongan untuk jadi PM, kata Anwar

Katanya, Perdana Menteri juga perlu membuat rombakan Kabinet dan melihat semula komposisi Kabinet bagi memurnikan hubungan kedua-dua pihak serta parti-parti di dalam Perikatan Nasional (PN).

“Perlantikan kabinet yang telah dibuat pada bulan Mac 2020 telah diuji selama sembilan bulan dan kita melihat ada beberapa menteri tidak mencapai tahap yang memuaskan dan beliau mesti menggugurkan menteri yang tidak menunjukkan prestasi yang baik,” kata Bastien.

Bastien yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat menegaskan bahawa, keadaan ketika ini tidak sesuai untuk mengadakan pilihanraya kerana peningkatan jangkitan COVID-19 dan juga kesan pandemik tersebut dalam kehidupan rakyat.

Cadangan pelantikan TPM daripada UMNO telah diperkatakan sejak hujung tahun lalu bagi meredakan polemik politik dalam Perikatan Nasional (PN).

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker