Lantik TPM dari UMNO tanda komitmen Bersatu jaga gabungan PN

Terkini di My KMU !!!!---->

UMNO tidak boleh selama-lamanya dijadikan arah menuding jari sebagai parti yang boleh menyebabkan kerajaan terus goyah dan hilang sokongan.

Justeru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu terus menunjukkan komitmen sebagai parti yang mempunyai kuasa dalam kerajaan dan menjaga gabungan Perikatan Nasional (PN).

Ini termasuklah meredakan suhu panas antaranya dengan UMNO walaupun parti itu menegaskan tidak akan bersama Bersatu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Langkah yang boleh menunjukkan komitmen Bersatu adalah dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melantik Timbalan Perdana Menteri dalam kalangan pemimpin UMNO.

Tindakan tersebut pastinya dapat memperbaiki hubungan antara parti dalam gabungan kerajaan terutama memastikan kestabilan dalam mendepani pandemik wabak dan implikasi ekonomi.

Demikian kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Bastien Onn, yang turut menyarankan rombakan kabinet diadakan bagi memurnikan hubungan antara pati dalam PN.

Malah, dalam laporan sebuah portal politik  turut menyelar tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menggugurkan Tan Sri Annuar Musa daripada Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Kata Bastien, Annuar mempunyai pandangan yang berbeza dengan presiden, namun pemecatannya menunjukkan kepimpinan UMNO seolah-olah tidak meraikan perbezaan pendapat.

“Malah ia akan menjauhkan lagi dengan orang-orang muda yang kebanyakkannya adalah idealis. Kalau kita (UMNO) tidak raikan, maka akan ada parti-parti lain raikan, jadi ia menyebabkan UMNO hilang daya tarikan,” jelasnya yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Segamat. – SM

Leave a Reply