Mat Sabu “Sembang” Boleh Tukar PM Bila-Bila Masa

Oleh Nurul Aisyah

JIKA tidak menipu itu bukan Pakatan Harapan(PH). Masihkah kita ingat bagaimana seluruh rakyat Malaysia ditipu oleh PH ketika Pilihan Raya Umum(PRU) ke 14?

Rakyat Malaysia tidak pernah lupa apabila PH memberitahu mereka yang janji Manifesto pilihan raya tidak perlu ditunaikan kerana ianya bukan kitab suci.



Baru-baru ini Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu menegaskan PH boleh menjatuhkan kerajaan pada masa ini jika gabungan parti itu mahu.

Bab menipu, bab sembang kencang, PH memang juara. Bab tunai janji sahaja PH tercorot.

Mat Sabu mungkin lupa namun rakyat Malaysia tidak lupa bagaimana PH gagal menukar Perdana Menteri mereka sendiri ketika PH berkuasa. PH mahu menukar Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim namun tindakan mereka membawa kepada kejatuhan kerajaan PH. Mereka hanya mampu memerintah Malaysia selama 22 bulan.

Sebagaimana yang kita tahu, kini PH tidak lagi memerintah negara kita namun “sembang kencang” pemimpin PH yang kononnya mereka mampu menukar PM bila-bila masa masih terngiang-ngiang di telinga kita.



Ketika memerintah pun PH gagal tukar PM mereka sendiri, apatah lagi ketika mereka tidak lagi berkuasa, kita tahu bahawa mereka tidak ada upaya untuk berbuat demikian.

“Sekarang kalau kami mahu perdana menteri ini pun boleh ditukar. ‘If we want’. Kami tak mahu.” kata Mat Sabu ketika membahaskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker