Capital A semakin hampir realisasi khidmat teksi terbang
Capital A semakin hampir realisasi khidmat teksi terbang
Capital A, syarikat induk AirAsia telah mengambil langkah pertama ke arah menyediakan perkhidmatan teksi udara kepada orang awam di Asia Tenggara, selain satu lagi usaha ke arah mentransformasi jenama itu.
“Mobiliti udara bandar adalah konsep baharu, justeru fokusnya adalah untuk membina dan memudahcaara ekosistem serta membina pembangunan dan pertumbuhan masa depan,” kata Ketua Pegawai Keselamatan AirAsia, Ling Liong Tien dipetik sebagai berkata kepada Nikkei Asia.
AirAsia Aviation Group memeterai satu memorandum persefahaman pada Februari lalu untuk memajak 100 pesawat berlepas dan mendarat menegak elektrik VX4 daripada Avolon, sebuah syarikat pemajak berpangkalan di Ireland.
Avolon menempah pesawat VX4 terbabit daripada pengeluar Britain, Vertical Aerospace.
Satu pasukan yang dibentuk oleh tiga syarikat berkenaan akan mengadakan mesyuarat pertama minggu ini di Kuala Lumpur, dengan sasaran penghantaran pesawat berkenaan pada 2025.
Bagi melancarkan perniagaan itu, teksi udara memerlukan beberapa pensijilan, selain peraturan penerbangan khusus dan infrrastruktur bagi mendarat, berlepas serta parkir.
Vertical Aerospace sedang dalam proses mendapatkan pensijilan di Eropah.
Syarikat itu bercadang untuk memulakan ujian penerbangan seawal bulan ini.
Di Singapura, kerajaan republik itu menyediakan hab mobiliti udara di Taman Aeroangkasa Seletar bagi menguji ‘teksi terbang’.
Di bawah model AirAsia, operasi itu akan bermula dengan menghubungkan pusat bandar Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang akan mengurangkan perjalanan kepada hanya 17 minit.
Tambang dijangka kurang RM200 seorang jika empat penumpang berkongsi teksi udara yang sama.
American Airlines membuat pelaburan di dalam Vertical Aerospace.
Menjelang 2050, sebanyak 161,000 teksi udara akan berkhidmat di seluruh dunia, demikian menurut firma perunding berpangkalan di Munich, Roland Berger, dengan rantau Asia Pasifik merangkumi 51 peratus.
AirAsia dilihat syarikat penerbangan pertama di ASEAN yang meneroka perkhidmatan teksi udara.
“Sasaran kami adalah jelas, menerbangkan (VX4) ke seluruh Asia Tenggara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A, Tan Sri Tony Fernandes.
“Kami menjadikan ASEAN lebih kecil dengan A320. Kami akan menjadi lebih tempatan dengan kehadiran VX4.”
AirAsia menerajui perniagaan penerbangan tambang rendah di rantau ini, termasuk pengendali berpangkalan di Indonesia dan Thailand.
Ia akan menggunakan rangkaiannya untuk mengembangkan perniagaan teksi udara di seluruh Asia Tenggara.
Namun, selain pensijilan dan infrastruktur, masalah kewangan kebelakangan ini turut mencetuskan cabaran besar terhadap strateginya.
Persaingan sengit dalam kalangan syarikat penerbangan bajet Asia Tenggara menyebabkan perolehan dalam industri ini mendatar sebelum merosot akibat pandemik.
AirAsia mencatatkan kerugian bersih tiga tahun berturut-turut sehingga 2021.
Januari lalu, kumpulan beralih kepada struktur syarikat pegangan yang dijenamakan sebagai Capital A.
Tony dalam temubualnya bersama Nikkei Asia mengunjurkan syarikat akan kembali untung pada 2023, dengan menyatakan pandangannya bahawa kerugian masih akan kekal pada tahun fiskal semasa. BH
Capital A semakin hampir realisasi khidmat teksi terbang
Baca Artikel Menarik:
- Fahmi bidas Rafizi Ramli
- Kejam! Zionis biar wanita Palestin yang ditembak berlumuran darah hingga mati
- Perkahwinan anak David Beckham ‘paling membazir’
- Sajian Tujuh Kawah Wak Lan Dan Pencuci Mulut Raja Buah Memang Berbaloi Untuk Santapan Berbuka Puasa
- LHDN Komen Video Aisar Tunjuk Duit Berkepuk-Kepuk
- Nurul Izzah tidak bertanding pada pemilihan PKR
- Bung Moktar tempelak Muhyiddin cakap tak serupa bikin
- Penyanyi Yasin Perlu Rawatan Pakar Psikiatri Segera – Peguam
- Status hina Nabi Muhammad, Uthaya kena angkut dengan polis
- Amirudin sindir Farhash ikutnya ke mana saja
- Ketua parti, menteri minta saya lompat parti
- Banduan lolos dari tahanan pecah masuk rumah penduduk pula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET