Imej Kristian di Hagia Sophia ditutup dengan tirai

ISTANBUL – Jubin yang menggambarkan imej tokoh Kristian di Hagia Sophia akan ditutup dengan tirai semasa solat, kata jurucakap presiden Turki, Ibrahim Kalin semalam.Langkah itu diambil sementara kerja pemulihan bangunan bersejarah yang dibina pada abad keenam itu sebagai masjid sedang dijalankan.

Pada minggu lalu, pihak berkuasa Turki memberitahu mereka akan menutup jubin itu dengan tirai atau laser semasa solat pertama yang akan diadakan pada Jumaat ini.Menurut Kalin, penutupan itu akan melibatkan jubin yang memaparkan imej Kristian yang berada pada arah kiblat.

Difahamkan, Hagia Sophia akan tetap dibuka kepada pelawat dan pelancong ketika luar waktu solat.

Kelmarin, Presiden Recep Tayyip Erdogan turut mengadakan lawatan mengejut bagi melihat perkembangan untuk membuka semula Hagia Sophia sebagai masjid selepas mahkamah pada minggu lalu membatalkan dekri yang menjadikan ia sebagai muzium pada 1934. – Agensi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker