Pembentangan RUU Anti Lompat Parti ditangguh lagi – Wan Junaidi
Pembentangan RUU Anti Lompat Parti ditangguh lagi – Wan Junaidi
Kabinet tidak bersetuju dengan cadangan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan dalam sidang khas Dewan Rakyat pada Isnin ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata, RUU itu tidak akan dibentangkan dalam sidang khas Isnin ini, sebaliknya ia dihantar balik untuk kajian lanjut ke atas definisi “lompat parti”.
“Ya, ia telah ditangguhkan,” katanya dipetik The Star.
Kenyataan Wan Junaidi itu mengesahkan laporan FMT terdahulu yang memetik sumber sebagai berkata, Kabinet meminta semakan ke atas RUU itu, lima hari sebelum sidang khas itu diadakan.
Sumber berkata, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob akan mempengerusikan mesyuarat mengenai RUU itu pada Ahad ini, di mana semua ahli Parlimen dan senator dipanggil.
Katanya, pembentangan pindaan Perlembagaan berkaitan RUU itu akan berlangsung pada Isnin ini untuk memastikan akta anti lompat parti tidak akan melanggar Perlembagaan.
Wan Junaidi bagaimanapun berkata, sidang khas Dewan Rakyat pada Isnin ini akan diteruskan dengan pembentangan pindaan Perlembagaan bagi memudahkan RUU Anti Lompat Parti itu dibentangkan kelak.
Pindaan Perlembagaan memerlukan sokongan majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat.
Keputusan hari ini bermakna RUU itu akan ditangguhkan buat kali kedua.
RUU itu, pada asalnya dijadualkan untuk dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 24 Mac lalu, hari terakhir sidang pertama Dewan Rakyat pada tahun ini. FMT
Pembentangan RUU Anti Lompat Parti ditangguh lagi – Wan Junaidi
Baca Artikel Menarik:
- Tidak Makan Bukan Salah Satu Puncanya, Ada Sebab Lain Punca Perut Kembung Dan Berangin!
- Emma Maembong dera suami?
- Analogi Nabi dan bau kasturi
- Muhyiddin ‘terdesak’ hulur tangan pada Pejuang walaupun pernah khianat
- Berbalas tembakan dengan polis, 2 terbunuh
- Bawa Diri Lebih Sedekad Menetap Di Airport Selepas Bergaduh Dengan Keluarga [VIDEO]
- Penumpang cerita pesawat ke Tawau ‘menjunam’, MAS sahkan MH2664 berpatah balik kerana ‘isu teknikal’
- Baby Shima ajak lelaki ‘belanja tunjuk burung’ bersemuka
- Dahulu tular kerana beri mas kahwin selipar, kini berpisah kerana curang
- Cara atasi mulut berbau semasa berpuasa
- “Bila Ditegur, Melenting” – Sedekah Tapi Membazir
- Jangan Lupa Amalkan! 6 Kebaikan Makan Kurma Ketika Bulan Puasa.
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman
You must be logged in to post a comment.