Rakyat Malaysia semakin kurang gunakan wang tunai

Rakyat Malaysia semakin kurang gunakan wang tunai

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mendedahkan bahawa peratusan rakyat Malaysia yang menggunakan tunai untuk membuat pembayaran turun 11 peratus kepada 78 peratus daripada 89 peratus sebelum pandemik.

Dapatan kaji selidik ‘PayNet Digital Payments Insights Study 2022’ yang dikeluarkan hari ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih lagi banyak menggunakan tunai bagi pembayaran, namun pergantungan kepada tunai telah susut, sama seperti dapatan di negara-negara lain.

“Bagaimanapun, rakyat Malaysia semakin kurang menggunakan tunai dalam pembayaran harian (48.4 peratus) dan kurang di kawasan bandar (36.2 peratus), kemungkinan disumbang oleh peningkatan pembayaran QR, kepercayaan tinggi terhadap kad kredit serta kebimbangan kaedah menggunakan tunai akan menyebabkan mudah dijangkiti virus pandemik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



PayNet berkata perniagaan, kecuali di wilayah Pantai Timur dan selatan, mengalami perubahan dalam tingkah laku pembayaran pelanggan sejak pandemik, dengan tunai tidak lagi menjadi kaedah pembayaran utama manakala di wilayah Utara menunjukkan perubahan paling ketara.

Laporan itu juga mengetengahkan keutamaan transformasi digital perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan halangan yang dihadapi dalam melaksanakan pembayaran digital dan menyenaraikan empat pemacu utama bagi mengekalkan pembayaran digital.

Kaji selidik itu membentangkan dapatan daripada kajian lapangan dalam suku keempat 2021 untuk mendapatkan pemahaman mendalam mengenai keutamaan pembayaran orang ramai dan perniagaan dengan tumpuan khusus kepada relevan penggunaan tunai dan penerimagunaan pembayaran digital oleh PKS.

“Ini adalah kajian sulung dan kami merancang melaksanakan kajian lagi pada masa hadapan untuk memahami dengan lebih mendalam tingkah laku pembayaran rakyat, sikap yang memacu perubahan dalam keutamaan pembayaran, bagi memastikan PayNet dan ekosistemnya mengekalkan infrastruktur pembayaran pusat yang selamat, cekap, diyakini dan inklusif bagi Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PayNet Group, Peter Schiesser. BH



Rakyat Malaysia semakin kurang gunakan wang tunai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka

Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup

Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker