Penjualan tanah lapangan terbang Seri Iskandar, SPRM lakukan siasatan

Penjualan tanah lapangan terbang Seri Iskandar, SPRM lakukan siasatan

SPRM sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan isu penjualan tanah tapak cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar.

Pengarah SPRM negeri Mohd Fauzi Mohamad berkata, siasatan itu dilakukan susulan aduan rasmi yang diterima daripada ADUN Manjoi, Asmuni Awi semalam.



“Penyiasatan dimulakan bagi mengenal pasti sama ada wujud sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

“SPRM akan memanggil beberapa individu yang berkaitan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan individu yang dipanggil untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM Meru Raya di sini bagi membantu siasatan penjualan tanah milik PKNP seluas 188 hektar itu kepada sebuah syarikat swasta.

Semalam, empat bekas Exco kerajaan negeri Perak ketika pentadbiran Pakatan Harapan termasuk Asmuni meminta SPRM melakukan siasatan terperinci kerana mendakwa ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Exco atau Lembaga Pengarah PKNP ketika itu.



Khamis lepas, Menteri Besar Saarani Mohamad berkata, tanah itu telah dijual kepada sebuah syarikat swasta semasa pentadbiran kerajaan PH kerana ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) ia dirizabkan kepada PKNP bagi tujuan pembinaan lapangan terbang antarabangsa.

Sebelum ini, semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ADUN Aulong, Nga Kor Ming mendakwa tapak cadangan pembinaan sebuah lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar telah dijual tanpa kebenaran kerajaan negeri dan berkata, perkara itu adalah salah laku serius serta mahu pihak bertanggungjawab menjual tanah tersebut diheret ke muka pengadilan. FMT

Penjualan tanah lapangan terbang Seri Iskandar, SPRM lakukan siasatan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka

Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup



Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker