KKM sedia bantu kaji kebaikan ganja

KKM sedia bantu kaji kebaikan ganja

Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan kerjasama industri atau ahli akademik dalam penyelidikan klinikal penggunaan kanabis atau ganja dalam perubatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata setakat ini, KKM tidak menerima laporan penuh mengenai kegunaan CBD atau ‘cannabidiol’ (antara kandungan aktif dalam pokok kanabis) untuk tujuan perubatan.



“Sejak kebelakangan ini, banyak perbincangan mengenai penggunaan ganja dalam perubatan.

“Namun, KKM konsisten dalam mengamalkan dasar berasaskan bukti. Sebab itulah kita mengalu-alukan kajian klinikal penggunaan CBD untuk tujuan perubatan,” katanya menerusi ciapan twitter, hari ini.

Khairy berkata, kerjasama membabitkan industri atau ahli akademik itu boleh diselaraskan dengan Institut Penyelidikan Klinikal dan Clinical Research Malaysia (CRM) yang diwujudkan KKM, sejak 2012.

“Setakat ini, hanya banyak luahan minat, ceramah dan advokasi dalam media sosial.



“KKM amat mengalu-alukan penyelidikan terbabit dimulakan industri atau ahli akademik. Kami sedia bekerjasama,” katanya. BH

KKM sedia bantu kaji kebaikan ganja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka

Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup



Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker