Najib, Anwar dan Rafizi bakal berdebat!

 

Najib bersedia berdebat dengan Rafizi dalam isu Sapura Energy tetapi mahu Presiden PKR, Anwar Ibrahim turut menyertai debat berkenaan.

“@NajibRazak sebenarnya takut nak berdebat. Jadi dia cari alasan bagi syarat mintak heret @anwaribrahim sekali, sebab dia ingat Presiden PKR pun takut berdebat dengan dia,” kata Rafizi dalam satu kenyataan di Twitter.



Bagaimanapun, Rafizi berkata dia sedia untuk menyampaikan cabaran itu kepada presiden PKR.

“In Sha Allah saya sampaikan kepada @anwaribrahim dan kita sama-sama tengok alasan & syarat baru apa pula Najib nak bagi,” katanya.

Terdahulu, Najib berkata dia bersedia untuk menerima cabaran debat daripada Rafizi, namun naib presiden PKR itu perlulah memanggil Anwar Ibrahim untuk berdebat sama.

“Kamu boleh sama-sama atas pentas untuk debat bersama atau bantu dia. Dua lawan satu, tiada masalah,” kata Najib menerusi Facebook.



Bekas perdana menteri itu berkata, jika Anwar tidak mahu menyertai debat itu, Rafizi boleh berdebat dengan Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil.

Isham merupakan bekas pembantu Najib semasa dia menjadi perdana menteri.

‘Rafizi tahun 1992 baru menang debat’

Najib juga berkongsi hantaran Isham yang menyatakan Rafizi bukanlah calon yang sesuai untuk berdebat dengan bekas presiden Umno itu.



“Saya ingat sebelum dia (Rafizi) debat dengan bossku, baik dia debat dengan Saifuddin Nasution dulu.

“Ataupun dia boleh debat dengan saya. Dulu dia pernah kalah semi final semasa saya menang pemidato terbaik Debat Piala Perdana Menteri tahun 1991. Tahun 1992 baru dia menang,” kata Isham.

Sapura Energy merupakan syarikat senaraian awam tetapi menerima pelaburan besar daripada Perbadanan Nasional Berhad (PNB) milik kerajaan yang bertanggungjawab ke atas dana seperti Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Malaysia.

PNB memegang 40 peratus kepentingan dalam Sapura Energy, meningkat lebih 10 peratus pada 2018 apabila ia terus mengepam wang ke dalam firma yang menghadapi masalah kewangan itu.



Bagaimanapun, Sapura Energy baru-baru ini memerlukan bantuan kewangan selanjutnya, menimbulkan persoalan sama ada PNB perlu mengepam lagi dana untuk menyelamatkan firma itu daripada masalah kewangan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker