Muhyiddin jumpa Shafie pula
Muhyiddin jumpa Shafie pula
Presiden Warisan, Shafie Apdal mendedahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin ada menghubunginya untuk membentuk kerjasama politik selepas rundingan dengan Dr Mahathir Mohamad gagal.
Bagaimanapun, beliau mengakui sudah memberikan kata putus untuk menolak permintaan tersebut selepas apa yang berlaku sebelum ini.
“Saya jelas dalam perkara ini saya maklumkan dengan dia (Muhyiddin), awak tahu (yang) saya sudah melakukan bahagian saya semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), tetapi selepas apa yang terjadi dan selepas melakukan Langkah Sheraton, (saya) sangat konsisten dalam nilai dan perjuangan saya,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Shafie mengulas mengenai pendedahan Pengerusi Pejuang semalam bahawa beliau didatangi Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu untuk mendapatkan sokongan menjadi Perdana Menteri ke-10.
“Muhyiddin jumpa saya minta saya sokong dia untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi. Saya pun tak tahu sedangkan dia tahu Pejuang kalah dalam pilihan raya (Pilihan Raya Negeri Johor), kita tak kuat dan tak ada duit, tapi dia minta saya sokong.
“Saya tak tau nak kata apa, (tetapi) saya tak jadi Perdana Menteri kerana Muhyiddin lah, dia tikam belakang. Jadi saya tak dapat jadi Perdana Menteri, sekarang ini dia nak minta tolong orang (yang) dia (pernah) tikam belakang, tetapi tak mati lagi,” kata Mahathir dalam sidang media di Putrajaya semalam.
Mengulas lanjut, Shafie berkata Warisan ketika ini sedang menumpukan untuk memperkuatkan parti yang kini sudah melebar ke Semenanjung.
Katanya, parti yang diasaskan beliau itu tetap akan menilai kerjasama dengan mana-mana parti bagi membentuk kerjasama menjelang PRU15.
“Warisan tak boleh hanya bergantung dengan duduk di Sabah saja dan kita tahu bahawa perlu kerjasama dengan rakan-rakan kita dari Semenanjung, itu kita sedar dan tahu. Contohnya perubahan yang kita lakukan dalam gelanggang PRU14.
“Tetapi pada yang akan datang ini, kita teliti secara mendalam bagaimana kita melihat smart partnership, tetapi smart partnership (yang memberi) keutamaan dengan rakyat,” katanya. FMT
Muhyiddin jumpa Shafie pula
Baca Artikel Menarik:
- KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000?
- Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula selepas tikam belakang saya
- Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR
- Hadi dijangka bertemu Mahathir
- Khayla perlukan bantuan segera
- Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta
- Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM
- Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah (Video)
- Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah
- Bomoh ‘halau’ hantu dari alat sulit wanita
- Dituduh rompak bank, bekas polis dakwa Rahim Noor, 4 pegawai lain ‘konspirasi’
- Jangan Arwahkan Mak Sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong
Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun
Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup
You must be logged in to post a comment.