Depan sokong Ismail jadi PM, belakang pengkhianat
Depan sokong Ismail jadi PM, belakang pengkhianat
Najib Razak secara sinis menyindir sikap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang secara terbuka menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, tetapi sebaliknya “secara tersorok” berusaha untuk menumbangkan Naib Presiden Umno itu.
“Pelik dengan dia ni. Secara terbuka dia kata dia sokong Ismail jadi PM.
“Di belakang pula, dia berusaha kuat minta sokongan merata-rata secara tersorok untuk tumbangkan Ismail. Bila digelar pengkhianat, dia marah pula,” katanya di Facebook.
Terdahulu, Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad semalam mendedahkan beliau didatangi Muhyiddin untuk mendapatkan sokongan menjadi Perdana Menteri ke-10.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim turut mengakui ada bertemu dengan Muhyiddin namun menyifatkan pertemuan itu sebagai “perbincangan biasa” tanpa menyentuh kerjasama politik atau menyokong Muhyiddin kembali menjadi Perdana Menteri.
Presiden Warisan, Shafie Apdal kemudian turut memaklumkan Pengerusi Perikatan Nasional itu ada menghubunginya untuk membentuk kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Dia mahu jadi jadi PM kembali, dia pun berhubung dengan Mahathir, Anwar dan Shafie secara tersorok untuk minta sokongan.
“Tapi ketiga-tiga yang dia minta sokongan juga mahu jadi PM. Jadi, siapa yang akan jadi PM jikapun kerjasama mereka berjaya?,” kata Najib.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, jika kerjasama itu berjaya dibentuk sejarah kerajaan tikam-menikam dan tidak stabil pasti akan berulang seperti mana selepas Pakatan Harapan menang PRU14.
“Nanti hari mereka tentu akan tikam-menikam sekali lagi dan sejarah kerajaan tak stabil pasti akan berulang. Apapun, welcome back PH 2.0!,” katanya. FMT
Depan sokong Ismail jadi PM, belakang pengkhianat
Baca Artikel Menarik:
- KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000?
- Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula selepas tikam belakang saya
- Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR
- Hadi dijangka bertemu Mahathir
- Khayla perlukan bantuan segera
- Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta
- Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM
- Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah (Video)
- Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah
- Bomoh ‘halau’ hantu dari alat sulit wanita
- Dituduh rompak bank, bekas polis dakwa Rahim Noor, 4 pegawai lain ‘konspirasi’
- Jangan Arwahkan Mak Sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong
Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun
Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup
You must be logged in to post a comment.