Wanita dakwa dicabul bakal menteri

Wanita dakwa dicabul bakal menteri

London: Seorang ahli parlimen wanita membuat laporan polis mendakwa diserang secara seksual oleh seorang bakal menteri, lapor Metro UK.

Wanita terbabit mendakwa diserang beberapa individu termasuk bakal menteri itu ketika pesta musim panas di ibu kota itu, pada Julai 2021.

Menurutnya, selepas kejadian rakan sekerja menyuruhnya membuat aduan rasmi namun dia memutuskan untuk tidak berbuat demikian.

Ini kerana, katanya, dia bimbang untuk mendedahkan kejadian itu kepada umum kerana lelaki terbabit terlalu popular dalam parti.

Bagaimanapun, ahli parlimen dari Parti Buruh itu kemudian nekad membuat laporan polis beberapa minggu lalu, dan turut membuat aduan kepada pihak parti.

Namun beliau tidak mahu aduan itu diteruskan buat masa ini.

Sumber memberitahu media bahawa wanita itu turut membuat kenyataan media baru-baru ini.

Sementara itu, Parti Buruh berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu dan sentiasa menggalakkan individu untuk membuat laporan kepada Parlimen, Parti Buruh atau polis.

“Dari segi proses Parti Buruh, ia adalah proses yang menyeluruh, teguh dan bebas yang boleh dipercayai oleh individu,” katanya.

The Met melaporkan, polis menerima laporan pada Mac lalu daripada seorang wanita mendakwa diserang secara seksual oleh seorang lelaki di London pada Julai 2021.

Atas permintaan mangsa, kejadian itu tidak disiasat buat masa ini. HM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker