UMNO kutuk Malaysian Tamillan Today

UMNO mengutuk keras kenyataan Malaysian Tamillan Today yang menyamakan pertubuhan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka dengan perjuangan Palestin.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya mendesak kerajaan mengkaji semula kewujudan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut dan menyiasatnya kerana kenyataan sedemikian boleh menjadi ancaman kepada negara ini.


“Kami mengutuk keras kenyataan Presiden pertubuhan itu, N. Shanmugam dan seterusnya mendesak rakyat Malaysia serta umat Islam menolak pendirian NGO itu kerana perjuangan LTTE yang diasaskan oleh Vellupillai Prabhakaran pada tahun 1976 ialah bagi menuntut kerajaan Sri Lanka memberi autonomi di wilayah timur laut negara itu atau sebuah negara merdeka bagi orang Tamil dan sudah menduduki wilayah Jaffna dan Batticaloa sejak 20,000 tahun lalu.

“LTTE juga melancarkan serangan gerila dan membunuh ramai orang awam yang tidak berdosa serta merosakkan harta benda awam dalam memperjuangkan tuntutannya dan dalam erti kata lain, mereka mahukan sebuah negara untuk orang Tamil di dalam sebuah negara merdeka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE





Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker