Dr Afifah Syukur Urusan Pindah Rumah Dipermudah
Walau Dalam Tempoh Singkat, Semua Boleh Dilaksanakan
Dr Afifah Syukur Urusan Pindah Rumah Dipermudah

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek berkongsi tentang keadaannya serta anak-anak selepas berpindah ke sebuah kediaman baharu.
Syukur dipermudahkan urusan

Ketika ditemui OhBulan!, Dr Afifah meluahkan rasa syukur apabila urusan untuk berpindah ke rumah sewa bersama anak-anak telah dipermudahkan meskipun dalam masa yang singkat.
Alhamdulillah, ketika itu memang semuanya perlu dibuat dengan cepat kerana anak-anak akan mula bersekolah pada 12 Januari. Jadi saya perlukan penyelesaian yang pantas.
Kami pula tidak mempunyai wang tunai yang banyak dan pelbagai perkara perlu untuk melengkapkan rumah dalam masa singkat, termasuk persiapan untuk anak saya ke sekolah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saarani Bertemu Masyarakat India Kota Tampan, Suburkan Semangat Kebersamaan
- Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Komited Pastikan Kebajikan Golongan Ibu Tunggal Sentiasa Terbela
- Yayasan Pahang Terima Anugerah Anti-Rasuah, Bukti Berwibawa Angkat Nilai Integriti
Menurut Dr Afifah, urusan tersebut dimudahkan lagi dengan bantuan pengikutnya di media sosial yang membantu bagi mendapatkan barangan kelengkapan rumah
Saya fikir tak mengapa jika semuanya bukan barangan baharu, asalkan boleh digunakan. Alhamdulillah, ramai juga pengikut saya di luar sana yang membantu dan memudahkan urusan saya.
Sejujurnya, kalau boleh saya tidak mahu menerima barang secara percuma. Saya lebih selesa untuk membayar, tetapi Allah memudahkan segalanya.
Urusan mendapatkan rumah juga dipermudahkan. Biasanya mana ada orang boleh masuk rumah dalam sehari dua, tetapi tiba-tiba semuanya jadi sangat cepat, benar-benar saat akhir.
Walaupun dalam tempoh yang singkat, rupanya semuanya boleh dilaksanakan.
Dr Afifah berkata demikian ketika ditemui pada program Doa Dari Hati: Saat Jiwa Mencari Tenang, Tuhan Membuka Jalan yang berlangsung di Premiera Hotel Kuala Lumpur pada Ahad.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang
- Malaysia Mesti Beralih Kepada Pembangunan Berasaskan Nilai
- MyGIG Hargai Keprihatinan TPM, Terus Suarakan Isu Pemandu E-Hailing
Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading
Kereta baharu

Selain tempat tinggal, ibu kepada tiga orang anak itu juga meluahkan rasa syukur apabila dia turut menerima sebuah kenderaan baharu yang memudahkan lagi urusan sehariannya.
Alhamdulillah, walaupun rumah masih dalam proses mengemas, anak-anak sudah selesa untuk ke sekolah.
Allah juga mengurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka apabila saya menerima kereta baharu. Saya benar-benar bersyukur kerana semua itu di luar jangkaan.
Bagi saya, apa yang paling penting anak-anak dapat bersekolah dengan baik dan saya mampu memberikan yang terbaik untuk mereka. Namun Allah beri lebih daripada yang diminta.
Terdahulu, menerusi laman Threads, Dr Afifah meminta bantuan orang ramai yang sudi untuk menjual barangan terpakai bagi melengkapkan kemudahan di rumah sewa.
Sebelum itu, Dr Afifah meluahkan rasa kesal di Threads selepas mendakwa barangan peribadinya telah dikeluarkan dari rumah tanpa sebarang makluman awal ketika dia sedang berada di luar negara.
Untuk info, Nubhan, 39, sah bercerai dengan Afifah, 35, pada 2 Disember lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hidup bersama selama 10 tahun. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3.
Dr Afifah Syukur Urusan Pindah Rumah Dipermudah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari Wilayah … Rai Semangat Kebersamaan, Kepelbagaian Dan Daya Tahan
- Hari Wilayah Persekutuan 2026: Perkukuh Kebersamaan, Perteguh Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
- MINDEF Komited Sokong Usaha Murni Berteraskan Ilmu, Muafakat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.