SPRM beku aset Rohana Rozhan

SPRM beku aset Rohana Rozhan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan perintah pembekuan aset dan akaun bank milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd (ASTRO), Datuk Rohana Rozhan.
Ia berikutan siasatan oleh agensi berkenaan selepas bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner mendakwa diperas ugut dalam pembelian sebuah rumah di London menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sumber SPRM memaklumkan, perintah pembekuan aset Rohana dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001).
“Perintah pembekuan itu sekali gus melarang Rohana daripada melakukan sebarang transaksi membabitkan rumah dan akaun bank miliknya di United Kingdom (UK).
“Tindakan itu selepas SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan Leissner yang mendakwa diugut untuk membelikan sebuah rumah bernilai AS$10 juta (RM42 juta) di London,” katanya.
Semalam, media melaporkan SPRM mengambil keterangan Rohana untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) AMLA 2001 dan ia disahkan bekas CEO itu dalam kenyataan media melalui firma guaman Valen, Oh & Partners.
“Saya merujuk kepada dakwaan terhadap saya dipaparkan dalam media. Saya hadir di pejabat SPRM dan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan mereka,” kata Rohana dalam kenyataan ringkas berkenaan.
Bloomberg sebelum ini melaporkan, Leissner dalam keterangannya mendakwa, seorang CEO organisasi media yang mempunyai hubungan sulit dengannya, memeras ugut untuk dibelikan rumah bernilai AS$10 juta dan nama Rohana antara yang disebut.
Dia mengeluarkan dakwaan itu ketika memberikan keterangan di mahkamah New York awal minggu ini dalam perbicaraan kes rasuah bekas rakan sekerjanya, Roger Ng berkait 1MDB.
Leissner dalam keterangannya berkata, hubungan berkenaan bermula pada 2003 hingga 2013 dan mendakwa pernah membelikan Rohana rumah di London pada 2013 selepas diugut untuk didedahkan pembabitannya dalam skandal 1MDB.
Dia mengaku bersalah pada 2018 kerana terbabit dalam pelanggaran undang-undang antirasuah Amerika Syarikat dan konspirasi pengubahan wang haram.
SPRM beku aset Rohana Rozhan
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.