Pengasas produk kecantikan tersilap pindah wang RM29,000

Mira tular selepas menayangkan beg tangan emas miliknya. – TikTok

Seorang pengusaha produk kecantikan dari Makassar, Indonesia yang mendapat perhatian ramai sebelum ini kerana mempamerkan beg tangan emas mengaku pernah tersilap memindahkan wang berjumlah 100 juta rupiah (RM29,469) kepada pengikutnya di media sosial, lapor laman berita Suara.com.

Mira Hayati mendapat perhatian ramai selepas ‘menayang’ beg tangan mewah berharga 553 juta rupiah (RM162,965).

Walaupun mempunyai kekayaannya melimpah ruah, Mira tetap berusaha keras untuk mempromosikan produknya menerusi kaedah penstriman live di aplikasi media sosial.

Mira mengaku dia selalu menderma kepada sesiapa sahaja dan pernah tersilap memindahkan transaksi wang bernilai 100 juta rupiah (RM29,469) kepada pengikutnya di media sosial.



“Saya sering memberikan wang 100,000 rupiah (RM30), tetapi pernah tersalah pindahkan 100 juta rupiah (RM29,469) sampai terkejut. Itu rezeki dia (penerima), namun saya jadi trauma. Lebih baik berikan wang tunai daripada memindahkan wang,” katanya.

Menurut Mira, dia selalunya akan membawa wang tunai antara 30 juta rupiah (RM8,840) hingga 50 juta rupiah (RM14,734) untuk dibahagikan kepada orang susah pada setiap hari.

“Apabila saya berkongsi, saya berasa gembira. Saya berdoa supaya (wang) menjadi banyak dan dapat kongsi dengan semua orang. Saya bertuah kerana Allah memberi saya terlalu banyak, mungkin saya boleh berkongsi rezeki ini, tetapi dengan cara saya sendiri,” katanya. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 



Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Azwan suruh Aaron maki saja dua orang tu



PRN: PH-BN capai kata sepakat, penyandang kekal bertanding

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker