Jika BN benang besar di PRN Johor, tanda BN menang PRU15
PAGOH: Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor, akan memberi isyarat jelas parti itu mempunyai peluang yang cerah untuk menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Najib Razak turut menyifatkan PRN Johor sebagai “turning point” atau titik perubahan dalam senario dan landskap politik tanah air.
“Jadi kalau negeri Johor ini kembali ke pangkuan Umno sebagai sebuah negeri yang ditunjangi oleh Umno dan mendapat sokongan yang padu di kalangan rakyat melalui majoriti yang menyakinkan, maknanya kemenangan besar kepada BN.
“Ia memberi isyarat yang jelas bahawa kemungkinan besar dari sudut perspektif negara, BN mempunyai peluang dan harapan yang besar dan cerah untuk memenangi PRU yang akan datang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis memperkenalkan calon BN bagi DUN Bukit Kepong dan Bukit Pasir di Seri Pekembar hari ini.
Najib berkata, hal itu disebabkan oleh saiz negeri Johor dengan 26 Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kebanyakan kerusi adalah kerusi campuran.
Katanya lagi, ia bererti bahawa cerminan pada sokongan bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu tetapi sokongan rakyat berbilang kaum.
Diminta mengulas tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad yang kerap melakukan serangan ke atasnya, Najib berkata, apa yang dimainkan dua bekas pemimpin Umno itu tidak dilayan rakyat.
“Tak apalah, mereka nak serang itu pilihan mereka tapi, di Melaka, dia serang saya tapi pada pengundi mereka tidak ambil kira ini semua, mereka nak tahu siapa yang boleh menentukan masa depan mereka yang lebih baik, menjamin aspirasi mereka tercapai dan mereka ingin melihat pemulihan ekonomi,” katanya.
Jika BN benang besar di PRN Johor, tanda BN menang PRU15
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET