Hanya Sekali Lafaz, Ratu Dangdut Mas Idayu Kini Bergelar Isteri Muhamad Sufian Isa [VIDEO]

Hanya Sekali Lafaz, Ratu Dangdut Mas Idayu Kini Bergelar Isteri Muhamad Sufian Isa [VIDEO]

HANYA dengan sekali lafaz, Ratu Dangdut Malaysia, Mas Idayu selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya, Muhamad Sufian Isa yang merupakan Penerbit Eksekutif sebuah stesen televisyen tempatan.

Majlis akad nikah berkenaan diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Mas Idayu atau nama sebenar, Masidayu Mesnun menerima mas kahwin sebanyak RM1,001 dengan lima dulang hantaran berbagi tujuh. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan.



Majlis pernikahan itu dihadiri keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.

Majlis resepsi bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama.

Terdahulu, Mas Idayu dan Muhammad Sufian saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 lalu dan baru menjalin hubungan serius pada tahun ini.

Sebelum ini, Mas Idayu sudah ‘diikat’ Sufian dalam majlis menghantar tanda, di rumah keluarganya di Kota Tinggi, Johor, pada Mei lalu.



Mas Idayu yang mesra dengan panggilan ‘mommy’ pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun. -GEMPAK

View this post on Instagram

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)



Hanya Sekali Lafaz, Ratu Dangdut Mas Idayu Kini Bergelar Isteri Muhamad Sufian Isa [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid



Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker