Saya dalam keadaan baik – Hishammuddin

Saya dalam keadaan baik – Hishammuddin

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu dirinya dalam keadaan baik susulan dijangkiti Covid-19.

Menerusi satu hantaran di Twitternya berkata, beliau memanjatkan rasa syukur kerana tidak mengalami simptom yang serius akibat dijangkiti wabak Covid-19.

Tambahnya, beliau juga berharap agar setiap individu yang dijangkiti Covid-19 supaya diberikan kesembuhan segera.

“Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan baik buat masa ini.

“Semoga setiap individu yang dijangkiti wabak ini segera diberikan kesembuhan Allah SWT. Jaga diri semua,” ciapnya ringkas hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Pejabat Menteri Kanan Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan Hishammuddin disahkan positif Covid-19 hari ini.

Beliau sudah menerima dos penggalak sebelum ini, dan akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM). K Online

Saya dalam keadaan baik – Hishammuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]

Bercerai selepas sehari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker