Rakyat Indonesia celup jari dalam dakwat biru lepas beli minyak

Rakyat Indonesia celup jari dalam dakwat biru lepas beli minyak

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan situasi ketika seorang pembeli di sebuah pasar raya terpaksa mencelupkan jari ke dalam dakwat biru sebagai tanda telah membeli minyak masak, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik oleh akaun Instagram bernama @infijember itu dirakam di sebuah pasar raya di bandar Jember, Jawa Timur.

Tindakan tersebut dilakukan disebabkan krisis kekurangan bekalan minyak masak yang melanda Indonesia sehingga menyebabkan timbulnya kekecohan dalam kalangan penduduk.

“Beratur untuk mendapatkan minyak masak adalah seperti pilihan raya umum iaitu culup jari dalam dakwat,’’ demikian kapsyen pada video berkenaan.

Muat naik itu mengundang perhatian netizen di ruangan komen.

“Ya, sebab ramai yang panic buying. Pandai-pandailah beli cukup-cukup. Tak perlu simpan minyak di rumah supaya semua orang dapat bahagian. Lagipun 2 liter minyak tak habis dalam sehari melainkan anda minum,’’ komen seorang netizen.

“Kelakar ya padahal dari kilang terus ke kedai. Tapi macam mana boleh jadi pelik sebegini? Serius saya tanya,’’ tulis seorang netizen. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Rakyat Indonesia celup jari dalam dakwat biru lepas beli minyak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]

Bercerai selepas sehari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker