Lawatan PM ke Kemboja kukuhkan hubungan dua hala
Lawatan PM ke Kemboja kukuhkan hubungan dua hala
PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seorang pemimpin yang menitikberatkan soal hubungan rapat dengan rakan anggota ASEAN dan lawatan beliau ke Kemboja pada Rabu ini pastinya akan dilihat sebagai usaha mengukuhkan hubungan yang terjalin sejak 65 tahun lalu ke tahap yang tinggi dan lebih matang serta saling menguntungkan.
Kemboja ialah negara anggota ASEAN yang keempat dilawati Ismail Sabri selepas Indonesia, Singapura dan Brunei sejak menjadi Perdana Menteri Ogos lepas.
Dalam rangka lawatan dua hari itu nanti, Ismail Sabri akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Hun Sen dan mereka dijangka berbincang beberapa isu berkaitan hubungan dua hala, perdagangan dan pelaburan, komoditi serta isu serantau.
Namun pada pertemuan empat mata itu, kedua-dua pemimpin berkenaan dijangka memberi fokus kepada sektor-sektor baharu yang boleh diterokai oleh kedua-dua negara seperti industri halal yang kian meningkat sambutan.
Bagi merancakkan industri halal negara, Perdana Menteri dijangka mengundang syarikat-syarikat dari Kemboja untuk menyertai 18th Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) yang akan diadakan pada September ini.
Syarikat-syarikat dari kedua-dua negara boleh meneroka dan menjalinkan perkongsian bagi memasuki pasaran halal menerusi International Sourcing Programme semasa acara MIHAS berkenaan.
Malaysia boleh menawarkan khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat Kemboja yang berhasrat mendapatkan pensijilian halal. Malaysia mempunyai penasihat-penasihat yang bertauliah di bawah Akademi Halal Antarabangsa Malaysia (Malaysia International Halal Academy – MIHA), yang disahkan oleh Majlis Halal Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Malaysia sentiasa menganggap Kemboja sebagai sahabat akrab dan jiran yang penting dan ia berpuas hati dengan kedudukan hubungan yang baik antara kedua-dua negara, sama ada di peringkat dua hala mahupun ASEAN.
Malaysia berpuas hati dengan hubungan erat dalam sektor perdagangan, meskipun perdagangan telah terjejas akibat pandemik Covid-19, namun ia masih menunjukkan peningkatan sebanyak 16.9 peratus pada tahun 2021 berbanding 2020.
Kemboja adalah antara negara yang amat diminati oleh pelabur-pelabur Malaysia malah jumlah kumulatif pelaburan Malaysia di negara itu berjumlah AS$3.53 bilion dan Malaysia adalah pelabur ketiga terbesar di Kemboja.
Malaysia dan Kemboja telah menandatangani Perjanjian Pengecualian Cukai Berganda (DTA) pada 2019 dan telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2021 bagi meningkatkan hubungan dagangan kedua-dua negara
Malaysia mengalu-alukan pembukaan sempadan oleh Kemboja pada November tahun lepas dan Malaysia juga bercadang untuk membuka semula sempadannya kepada Kemboja sedikit masa lagi dan apabila ini berlaku diharapkan ia dapat meningkatkan aktiviti ekonomi dan hubungan antara rakyat kedua-dua negara.
Perdana Menteri dijangka membangkitkan mengenai kerjasama penglibatan belia kedua-dua negara dalam bidang keusahawanan seperti termaktub dalam memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation atau MRANTI (sebelum ini dikenali sebagai MaGIC Malaysia) dan Impact Hub Cambodia pada 2019 untuk mempertingkatkan start-ups di kedua-dua negara.
Dalam isu serantau, Malaysia dan Kemboja berpandangan bahawa perpaduan dan kepaksian ASEAN adalah amat penting dalam mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan, meningkatkan perkembangan ekonomi dan kemajuan sosial serta mempromosi aspirasi, cita-cita dan kepentingan ASEAN.
Malaysia akan terus memberi sokongan kepada Kemboja, termasuk Utusan Khas Pengerusi ASEAN berkenaan Myanmar bagi mendukung mandat yang diberikan oleh Pemimpin-pemimpin ASEAN.
Malaysia juga akan memohon kerjasama dan jasa baik Kemboja sebagai Pengerusi ASEAN serta rakan yang rapat dengan Malaysia untuk terus membantu mengetengahkan isu Rohingya dan menggalakkan usaha-usaha ke arah menyelesaikan krisis kemanusiaan di Wilayah Rakhine.
Dalam masa sama, Laut China Selatan perlu kekal menjadi laluan perdagangan dan perairan yang aman dan semua pihak perlu mengelakkan tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan dan bersifat provokatif.
Ismail Sabri juga akan mengadakan perjumpaan dengan Keluarga Malaysia serta komuniti perniagaan yang menetap di Kemboja. Sinar
Lawatan PM ke Kemboja kukuhkan hubungan dua hala
Baca Artikel Menarik:
- Mahathir tekan saya sebelum tarik sokongan – Najib
- Alicia Amin teringin jadi gadis kampung
- Muhyiddin nak jerat siapa?
- Sumpah LAKNAT: Zahid sedia, Muhyiddin ada berani?
- Tindakan Muhyiddin Cubaan Takutkan Rakyat Dan Pelabur – Shahril
- MySejahtera minta sertakan gambar keputusan ujian kendiri Covid-19
- Langgar mati pesara, pemandu ‘King’ cabut lari
- Victoria Secret pilih wanita ‘down syndrome’ jadi model
- Made in Janda Baik, Fizo kena kecam
- Syurga makanan? 150 premis makanan di Pulau Pinang kotor
- Pertaruhan ‘Aqidah’ 3 beradik, parti politik dan NGO Melayu Islam perlu bangkit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]