Konflik Russia-Ukraine lonjak harga minyak dunia

Konflik Russia-Ukraine lonjak harga minyak dunia

Krisis Russia-Ukraine yang meruncing dan jika menjadi bertambah buruk boleh memacu harga minyak mentah dunia kekal tinggi dengan melepasi paras AS$100 setong, demikian menurut penganalisis.

Harga minyak mentah Brent ditutup tinggi sebanyak 1.5 peratus pada AS$96.84 setong dalam dagangan semalam selepas pada awalnya mencecah AS$99 setong, paras tertinggi sejak September 2014, mencerminkan kebimbangan bahawa eksport tenaga Russia akan terjejas oleh sebarang konflik.

Minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) ditutup 1.4 peratus lebih tinggi pada AS$92.35 setong selepas mencecah AS$96 setong, paras tertinggi sejak Ogos 2014.

Hari ini, harga minyak mentah Brent dan WTI masih berlegar pada paras tinggi dengan masing-masing berada pada paras AS$97.07 setong dan AS$92.14 setong.

Presiden Russia, Vladimir Putin pada Isnin mengiktiraf dua kawasan pemisah di Ukraine sebagai bebas dan mengarahkan tentera Russia untuk melancarkan operasi yang dipanggil Moscow sebagai ‘pengaman’ ke kawasan itu, meningkatkan risiko dalam krisis yang boleh mencetuskan perang besar.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan beberapa siri sekatan terhadap Russia, begitu juga Kesatuan Eropah (EU) yang juga bersetuju mengenakan sekatan baharu terhadap Russia.

Kanada, Jepun dan Australia juga membuat langkah susulan dengan sekatan masing-masing.

Pengarah Eksekutif Strategi Pelaburan OCBC Bank, Vasu Menon, berkata harga minyak meningkat mendadak sebanyak 25 peratus setakat ini bagi 2022 dan dengan ketegangan geopolitik akan memacu harga untuk meningkat.

“Dengan pasaran minyak yang sempit dalam jangka terdekat dan peristiwa geopolitik di Ukraine, kami tidak boleh menolak bahawa harga dalam jangka pendek untuk melepasi paras AS$100 setong jika ketegangan bertambah buruk,” katanya.

Sementara itu, Unit Analisis Ekonomi dan Kewangan ING Bank dalam nota penyelidikannya berkata, perkembangan Russia akan menjadi kunci bagi penentuan hala tuju harga dalam tempoh terdekat.

Ia berkata, dengan gabungan permintaan kukuh dan kegagalan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan Sekutu (OPEC+) memenuhi permintaan paras output yang dipersetujui menyebabkan pasaran kekal terhad. BH

Konflik Russia-Ukraine lonjak harga minyak dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]

Bercerai selepas sehari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker