CUEPACS cadang gaji minimum baharu sektor awam RM1,800 sebulan
CUEPACS cadang gaji minimum baharu sektor awam RM1,800 sebulan
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi mengulangi cadangan gaji minimum baharu RM1,800 sebulan untuk sektor awam, berbanding RM1,200 sebulan ketika ini.
Awal bulan ini, Menteri Sumber Manusia M Saravanan, berkata kerajaan menetapkan kadar gaji minimum baharu adalah RM1,500 sebulan, yang akan dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini.
Presiden CUEPACS Adnan Mat, berkata pihaknya sebelum ini telah mengutarakan hal itu kepada Perdana Menteri dan mencadangkan gaji RM1,800 sebulan kerana berpendapat angka tersebut adalah munasabah untuk dinilai oleh kerajaan.
“Pada masa sama, Perdana Menteri juga telah memaklumkan di dalam Kabinet dan di Parlimen pada 27 Nov lepas di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kerajaan menyasarkan (status sebagai) negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2025 dengan meletakkan pendapatan isi rumah kepada RM10,000.
“Namun, sasaran di bawah RMK12 ini sudah tentu tidak akan tercapai sekiranya gaji minimum yang baharu ini tidak diubah oleh kerajaan sendiri,” katanya ketika menjadi tetamu secara maya dalam program Koresponden terbitan Bernama TV bertajuk ‘Penentuan Nasib Penjawat Awam’, hari ini.
Beliau juga berkata sebelum ini, kerajaan telah menetapkan bahawa gaji penjawat awam disemak setiap 10 tahun dan kali terakhir sistem saraan perkhidmatan awam disemak ialah pada 2002.
“CUEPACS melihat apabila kerajaan sendiri menetapkan setiap 10 tahun maknanya tahun ini adalah tahun yang memerlukan kerajaan untuk menyemaknya semula.
“Sistem saraan yang baharu ini hendaklah boleh menampung keperluan penjawat awam supaya menerima gaji yang selesa, yang setimpal dengan kos perbelanjaan harian minimum yang juga telah berubah dengan (harga) barangan meningkat berkali-kali sejak tahun lepas,” katanya. FMT
CUEPACS cadang gaji minimum baharu sektor awam RM1,800 sebulan
Baca Artikel Menarik:
- Mahathir tekan saya sebelum tarik sokongan – Najib
- Alicia Amin teringin jadi gadis kampung
- Muhyiddin nak jerat siapa?
- Sumpah LAKNAT: Zahid sedia, Muhyiddin ada berani?
- Tindakan Muhyiddin Cubaan Takutkan Rakyat Dan Pelabur – Shahril
- MySejahtera minta sertakan gambar keputusan ujian kendiri Covid-19
- Langgar mati pesara, pemandu ‘King’ cabut lari
- Victoria Secret pilih wanita ‘down syndrome’ jadi model
- Made in Janda Baik, Fizo kena kecam
- Syurga makanan? 150 premis makanan di Pulau Pinang kotor
- Pertaruhan ‘Aqidah’ 3 beradik, parti politik dan NGO Melayu Islam perlu bangkit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.