Alat halau monyet berbunyi seakan tembakan, polis sedang siasat
Alat halau monyet berbunyi seakan tembakan, polis sedang siasat
Polis akan menyiasat video tular di media sosial yang memaparkan dua lelaki mempromosikan alat menghalau monyet namun mengeluarkan bunyi seakan-akan tembakan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid bagaimanapun berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut perkara itu berikutan belum lagi melihat jenis ‘senjata’ yang digunakan bagi tujuan tersebut.
“Saya belum lagi melihat alat itu tetapi saya yakin tiada bahan letupan yang digunakan.
“Jika ada (bahan letupan), tindakan boleh diambil di bawah Akta Senjata Api 1960.
“Apa pun, saya tidak boleh ulas lanjut kerana perlu tengok alat itu dahulu untuk lihat bagaimana ia berfungsi dan apa yang menyebabkan bunyinya kuat seakan-akan letupan. Mungkin itu adalah inovasi terbaharu untuk menghalau monyet,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.
Pada majlis tersebut, seramai 194 orang warga Kontinjen Perak yang menunjukkan prestasi cemerlang diberikan surat penghargaan selain 12 pegawai dan anggota yang menolak rasuah.
Terdahulu, video berdurasi 1 minit 28 saat itu memaparkan seorang lelaki melakukan demonstrasi menggunakan alat bersaiz panjang yang dikatakan boleh menakutkan haiwan termasuk monyet.
Menerusi video sama, seorang lelaki lain menyatakan alat itu boleh diperolehi dengan harga RM90 atau datang membelinya di Kampung Padang Asam di Padang Rengas.
Sementara itu, dalam perkembangan berlainan Mior Farid berkata, pihaknya telah mengenal pasti tiga suspek lain yang dipercayai terlibat dalam kejadian merusuh di pekarangan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Katanya, tangkapan ke atas ketiga-tiga mereka termasuk seorang wanita akan dilakukan dalam masa terdekat.
“Kita telah menahan ramai (suspek) dan ada tiga lagi suspek yang telah dikenal pasti. Mereka akan ditangkap untuk dituduh di mahkamah dan saya yakin kes ini akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya. K Online
Alat halau monyet berbunyi seakan tembakan, polis sedang siasat
Baca Artikel Menarik:
- Mahathir tekan saya sebelum tarik sokongan – Najib
- Alicia Amin teringin jadi gadis kampung
- Muhyiddin nak jerat siapa?
- Sumpah LAKNAT: Zahid sedia, Muhyiddin ada berani?
- Tindakan Muhyiddin Cubaan Takutkan Rakyat Dan Pelabur – Shahril
- MySejahtera minta sertakan gambar keputusan ujian kendiri Covid-19
- Langgar mati pesara, pemandu ‘King’ cabut lari
- Victoria Secret pilih wanita ‘down syndrome’ jadi model
- Made in Janda Baik, Fizo kena kecam
- Syurga makanan? 150 premis makanan di Pulau Pinang kotor
- Pertaruhan ‘Aqidah’ 3 beradik, parti politik dan NGO Melayu Islam perlu bangkit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.