Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

LAS VEGAS, NEVADA – Seorang model popular di negeri Nevada, Amerika Syarikat mati selepas disuntik asid muriatik sebelum mayatnya disimen di dalam bancuhan konkrit serta dibuang di sebuah kawasan gurun, lapor akhbar Daily Star semalam.
Esmeralda Gonzalez, 24, dilaporkan diikat pada tiang katil sebelum disuntik dengan bahan pencuci kolam renang oleh suspek, Christopher Prestipino dan teman sebiliknya, Casanra Garrett, demikian menurut kertas pertuduhan mahkamah.
Pembunuhan itu dilaporkan berlaku pada Mei 2019 meskipun mayat mangsa masih belum ditemui sehingga kini.
Gadis itu dilaporkan hilang oleh saudara lelaki mangsa yang pergi ke rumahnya di Las Vegas. Dia mendapati kediaman Esmeralda dalam keadaan seperti telah digeledah.
Orang ramai turut dilaporkan melihat model dengan lebih 300,000 pengikut di laman Instagram itu bersiar-siar di sekitar sebuah kawasan kejiranan sehari sebelum kematiannya sambil memakai kasut tumit tinggi dan pakaian dalam.
Pada awal 31 Mei 2019, Gonzales menerusi sistem televisyen tertutup (CCTV), dirakam cuba membuka pintu sebuah rumah, tidak jauh dari kediaman suspek sebelum dia dipercayai pergi ke rumah suspek.
Menurut Timbalan Ketua Pendakwa Raya Daerah, Pamela Weckerly, seorang saksi memberitahu bahawa Gonzalez berada di rumah Prestipino dan dia diberikan dadah jenis metamfetamin.
“Suspek tidak mengetahui bahawa mangsa mempunyai masalah mental dan gadis itu mula berkelakuan aneh serta meracau,” kata Weckerly.
Ketika ikatan Gonzalez dilepaskan, dia dilaporkan menumbuk muka Prestipino dan mengancam untuk menelefon polis.
Suspek kemudian mencekik wanita itu dan menyuntiknya dengan racun sebelum menyewa sebuah trak untuk membawa mayat Gonzalez yang disimen dalam konkrit sebelum dibuang di sebuah kawasan gurun.
Suspek kemudian dirujuk ke sebuah hospital psikiatri dan perbicaraan kes pembunuhan itu ditangguhkan. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ismail Sabri sahkan Pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15
- Debaran pembubaran Parlimen semakin terasa, hanya ada hari ini atau esok
- Pakatan Harapan Sukar Menang Jika Pas-UMNO-Bersatu Bergabung Di PRU15 – Penganalisis
- Pembunuhan di Damansara, seorang ditahan seorang lagi masih diburu
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)
You must be logged in to post a comment.