RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Dewan Rakyat diberitahu bahawa kerajaan membelanjakan kira-kira RM700 juta untuk perbelanjaan promosi dan publisiti semasa dua pentadbiran terdahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan RM500 juta ketika pentadbiran, beliau sementara bakinya adalah ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pentadbirannya.



“Sejak 2020 hingga 2022, RM700 juta untuk iklan, promosi dan publisiti. Ini bermakna lebih RM500 juta dibelanjakan semasa (Ahli Parlimen) Pagoh dan (Ahli Parlimen) Bera.

“Tapi Bera tidak belanja setinggi itu kerana ada lebihan, sebab itu untuk tahun 2023 saya tidak ada peruntukan selain meneruskan kontrak semasa Bera.

“RM700 juta lebih kurang diperuntukkan RM300 juta setahun itu bagi saya melanggar peraturan dan tatakelola serta keterlaluan,” katanya menjawab dalam sesi Pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan P Prabakaran (PH-Batu) mengenai jumlah yang dibelanjakan kerajaan untuk promosi dan publisiti menghebahkan pencapaian kerajaan menerusi semua platform media massa dari 2020 hingga kini.



Justeru itu, kerajaan telah mengarahkan supaya Kementerian Kewangan tidak meluluskan lebih RM100 juta, di bawah RM300 juta yang telah diluluskan setahun.

“Sementara kita anggap penjelasan itu perlu, saya tidak fikir kerajaan harus dibebankan dengan iklan dan publisiti tambahan selain promosi daripada program kita turun ke bawah santuni rakyat dan dirakam melalui media masa termasuk media sosial,” katanya lagi. MG

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini

Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?



Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof

Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker