Tommy kurangkan tuduhan dadah ke atas anak Vincent Tan
Tommy kurangkan tuduhan dadah ke atas anak Vincent Tan
Tommy Thomas membidas dakwaan bahawa beliau bertindak secara korup semasa berkhidmat sebagai Peguam Negara dalam kes anak hartawan Vincent Tan, yang ditahan atas kesalahan dadah.
Dalam kenyataan Thomas berkata, seperti lazimnya dalam hal jenayah, peguam tertuduh mengemukakan representasi bertulis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menimbang semula keputusan mengenakan tuduhan.
“Setelah mengkaji representasi dan kertas siasatan, menyemak peruntukan berkaitan dan perbincangan dengan pegawai kes, saya ingat (saya) mengurangkan pertuduhan.
“Menerima representasi daripada peguam dan tertuduh, dan mengurangkan atau menggugurkan tuduhan susulan itu adalah perkara biasa di AGC.
“Saya tidak mempunyai akses kepada mana-mana dokumen, rekod atau fail yang dikendalikan oleh mereka yang menyediakan kertas siasatan,” katanya sambil menambah, beliau tidak dapat memberikan sebarang butiran lanjut mengenai kes itu.
Ini susulan akaun Twitter Edisi Siasat, yang baru-baru ini menukar namanya kepada Edisi Khas, mendakwa walaupun anak lelaki Tan ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya kerana terlibat dengan kuantiti dadah sangat besar, Thomas mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Thomas berkata, dakwaan bahawa beliau korup dalam konteks hantaran itu membawa maksud dia menerima rasuah.
Katanya, sepanjang kerjaya profesionalnya dan secara peribadi, beliau tidak pernah memberi rasuah, dan sebagai penjawat awam, tidak pernah menerima rasuah.
“Integriti, kejujuran dan kebenaran adalah nilai yang berharga bagi saya. Malah, ia tidak boleh digugat, saya tidak pernah berkompromi mengenainya. Saya dengan keras menafikan tuduhan bahawa saya menerima rasuah ketika membuat keputusan ini,” katanya.
Katanya, dia tidak pernah mengenali Tan sebelum menjadi Peguam Negara, dan tidak pernah bertindak bagi pihak hartawan itu atau mana-mana syarikatnya.
Menurutnya, dia juga tidak pernah mewakili Tan sejak kembali menjadi pengamal undang-undang selepas tidak lagi menjadi Peguam Negara.
“Masa dan kekejian serangan ke atas integriti saya ini berkait dengan perbicaraan (1MDB) Roger Ng yang baru bermula di New York, membabitkan penyelewengan dana milik Malaysia.
“Ahli politik dan tokoh kita akan ditampilkan ketika keterangan dibentangkan pada perbicaraan, yang menerima liputan media di seluruh dunia. Berdasarkan latar belakang ini, saya adalah sasaran dan lencongan yang mudah,” katanya. FMT
Tommy kurangkan tuduhan dadah ke atas anak Vincent Tan
Baca Artikel Menarik:
- Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya
- PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat
- Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil
- Tuduhan melampau – Ebit Lew
- Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j
- Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]
- Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID
- KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ?
- Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul
- Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
- Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/
You must be logged in to post a comment.