PRNJohor: Ceramah secara fizikal, ziarah rumah ke rumah dibenarkan

PRNJohor: Ceramah secara fizikal, ziarah rumah ke rumah dibenarkan

Penganjuran ceramah secara fizikal dan kempen ziarah rumah ke rumah dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang dikemaskini di laman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu, ceramah hanya dibenarkan diadakan di pejabat dan bilik gerakan parti yang rasmi dengan jumlah kehadiran tidak melebihi 100 orang, termasuk penganjur, urusetia, penceramah dan peserta.



“Penganjur juga perlu mendapatkan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ceramah diadakan.

“Tempoh setiap sesi ceramah hanya dibenarkan selama dua jam dan tidak melebihi jam 10.00 malam,” katanya.

Bagi kempen ziarah rumah ke rumah pula, SPR memberitahu, ia dibenarkan dengan syarat tidak melebihi lima orang, malah mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan memakai pelitup muka.

“Bagaimanapun, individu yang sedang menjalani kuarantin sama ada kes positif Covid-19 atau kontak rapat serta bergejala adalah tidak dibenarkan untuk turut serta kempen ziarah,” katanya.



Sementara itu, SPR turut memaklumkan, pengundi berstatus patient under investigation (PUI) dan person under surveillance (PUS) yang ingin mengundi hendaklah memohon kebenaran daripada Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) untuk keluar sementara ke pusat pengundi.

Katanya, kebenaran tersebut adalah tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan oleh Pegawai Kesihatan Daerah dan pengundi perlu mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pengundi yang berstatus PUI dan PUS hendaklah diasing dan ditempatkan di khemah atau ruang khas yang disediakan.

“PUI dan PUS juga perlu menggunakan pengangkutan sendiri untuk pergi ke pusat mengundi. Penggunaan pengangkutan awam tidak dibenarkan,” katanya. Sinar



PRNJohor: Ceramah secara fizikal, ziarah rumah ke rumah dibenarkan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)



https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker