Jadikan perbezaan sebagai kelebihan – Ismail
Jadikan perbezaan sebagai kelebihan – Ismail
Keluarga Malaysia yang majmuk seharusnya menjadikan perbezaan antara satu sama lain sebagai suatu kelebihan dan keistimewaan untuk merapatkan hubungan dan bukan untuk memisahkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, di sebalik perbezaan itu, rakyat Malaysia perlu mengutamakan sikap toleransi dan saling memahami tentang agama, adat dan budaya yang sudah terjalin sekian lamanya di negara ini.
“Kita dapat melakukan ini dan kita mampu untuk hidup aman dan harmoni, sekali gus dapat menterjemahkan nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran hidup sebagai keluarga besar iaitu Keluarga Malaysia.
“Kita telah menyaksikan seluruh Keluarga Malaysia, ketika berdepan saat sukar seperti pandemik COVID-19, berganding bahu menyumbang untuk memulihkan semula negara. Tidak kira apa jua bangsa dan agama, kita saling menyokong dan membantu antara satu sama lain,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Educity, di sini malam Jumaat yang turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.
Mengenai perayaan Tahun Baharu Cina 2022, Perdana Menteri berkata, tahun ini yang merupakan zodiak Harimau diharap dapat menjadi lambang atau bukti bahawa negara Malaysia mampu menangani sebarang ancaman dan dugaan secara bersama.
“Dikenali sebagai raja segala haiwan, zodiak ini dikaitkan dengan kekuatan, mengusir kejahatan dan keberanian…. Kebersamaan inilah yang menguatkan kita ibarat serumpun bak serai, sesusun bak sirih,” katanya.
Acara tahunan anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu diadakan bertujuan mempromosikan kebudayaan negara dan mengukuhkan perpaduan kaum ke arah keharmonian serta kemakmuran Keluarga Malaysia.
Ia diadakan dalam keadaan sederhana dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung jangkitan Covid-19, selain kesemua tetamu termasuk pengamal media perlu menjalani ujian kendiri Covid-19 sebelum memasuki lokasi majlis makan malam itu. Sinar
Jadikan perbezaan sebagai kelebihan – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya
- PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat
- Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil
- Tuduhan melampau – Ebit Lew
- Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j
- Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]
- Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID
- KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ?
- Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul
- Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
- Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Janda bengang dengan jiran puaka (Video)
https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/
You must be logged in to post a comment.