Selebriti @adamsautismfamily pasrah pindah rumah, jiran mengadu anak autisme bising
PETALING JAYA – Seorang bapa, Iman Wan membuat keputusan untuk berpindah selepas meluahkan rasa kekecewaan susulan kontrak rumah sewanya gagal diperbaharui oleh pemilik.
Menerusi hantaran yang dimuat naiknya di Instagram menggunakan akaun @adamsautismfamily, dia mendakwa punca kegagalan kontrak tersebut disebabkan terdapat aduan dilakukan oleh jiran-jirannya yang kurang senang dengan kehadiran anak istimewanya, Adam Wan Mun Yu.
“Kepada jiran kiri dan kanan, kami tahu apa anda buat dan kami tahu anda jenis orang macam mana.
“Tapi jangan bimbang, hasrat anda sudah tercapai,” tulisnya.
Tambah Iman Wan, dia memaklumkan, kehadiran mereka sekeluarga di kawasan perumahan tersebut kurang disenangi oleh penduduk setempat kerana anaknya yang menghidap masalah Gangguan Spektrum Autisme (ASD) sering membuat bising dan mungkin mengganggu ketenteraman mereka.
“Anda sudah berjaya membuatkan pemilik tidak memperbaharui sewaan rumah kami dan kami akan berpindah keluar pada hujung bulan ini.
“Anak saya tidak akan menjadi gangguan kepada anda lagi dan saya minta maaf atas masalah yang ditimbulkan serta selepas ini, anda boleh menjalani kehidupan dengan tenang,” katanya.
Menurutnya, anak keduanya itu tidak membuat bising pada setiap masa selain menyifatkan orang ramai masih kurang pemahaman terhadap golongan autisme.
“Adam tidak bising setiap hari dan kalau berlaku, ia tidak pernah dari Subuh hingga lewat malam serta kami faham dan sedar di mana kami duduk.
“Kami akan berpindah apabila rumah kami siap sepenuhnya. Allah mempunyai perancangan lebih baik untuk kami sekeluarga,” kataya lagi.
Sementara itu, perkongsian lelaki tersebut telah menarik perhatian ramai dan pelbagai reaksi ditinggalkan di ruangan komen.
“Semoga Allah permudahkan segalanya Pak Cik Iman dan keluarga, kami ada untuk terus sokong anda,” kata Harris Annuar.
“Kuatkan semangat, malu pada jiran yang tidak berhati perut, semoga mereka lebih sedar dan rasa kesian pada keluar pak cik dan mak cik, Adam anak syurga, Allah tahu siapa yang baik hatinya,” ujar Yasmin Mahmood.
“Allah ada perancangan yang lebih baik, jiran itu mungkin sebagai asbab sahaja untuk pergi ke tempat lain dengan suasana baru untuk ketenangan pak cik dan keluarga,” kongsi Kaklong_kawasan. – K! ONLINE
Selebriti @adamsautismfamily pasrah pindah rumah, jiran mengadu anak autisme bising
Baca Artikel Menarik:
- Menara TM untuk dijual
- Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram
- Najib sekolahkan Azmin Ali
- Janda gila harta
- Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa
- Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan
- Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki
- Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu!
- Wan Saiful beri amaran kepada UMNO
- Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja
- Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA
Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)