Penduduk Digemparkan Dengan Penemuan Mayat Reput

Penduduk Digemparkan Dengan Penemuan Mayat Reput

Penduduk Kampung Sungai Sireh Tambahan 2 di sini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung pada Sabtu.

Ketua Nelayan Kampung Sungai Sireh Tambahan 2, Satarudin Kamal, 54, berkata, mayat dalam keadaan reput tersebut ditemui kira-kira jam 10.50 pagi.



“Saya dimaklumkan oleh nelayan di sini berkaitan penemuan mayat tersebut lebih kurang 100 meter daripada jeti dalam keadaan terapung.

“Saya bersama beberapa anggota polis dan nelayan menarik mayat tersebut ke jeti,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,” katanya.-SH

Penduduk Digemparkan Dengan Penemuan Mayat Reput



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker